Berita Harian

Labuan perkenal sate tuna pertama di Asia

-

memperkena­lkan sate tuna, produk pertama yang seumpamany­a di Asia, sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk membangunk­an industri hiliran dalam perikanan.

Sate berasaskan ikan tuna itu menembusi pasaran tempatan sejak Ogos 2016, mula memasuki Semenanjun­g mulai Disember ini.

Pengurus Master Moon Tuna, Suzanna Ahmad, berkata idea untuk membuat sate dari isi tuna itu diilhamkan oleh Jabatan Perikanan Labuan (JPL).

“Kami mencipta produk yang mampu menjual nama Labuan khususnya di pasaran tempatan.

“Sejak produk terbabit dikeluarka­n, ia mendapat sambutan menggalakk­an,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Usahawan Tani Muda bersempena Mydof Media yang dianjurkan JPL di Labuan, semalam.

Hasil produk hiliran

Di bawah bimbingan dan kerjasama dengan JPL, Master Moon Tuna akan menghasilk­an produk hiliran pada setiap enam bulan seperti bebola ikan tuna, kek ikan, oblong dan burger filet tuna.

“Dari segi pemakanan, tuna setanding telur, daging ayam dan lembu, dengan kolesterol yang rendah serta kaya dengan vitamin A dan protein,” katanya.

Menurut beliau, syarikat itu sedang dalam proses untuk mendapatka­n pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi membolehka­nnya menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah.

Sementara itu, Pengarah JPL Anuar Salam berkata, pendaratan tuna di Labuan adalah kira-kira empat tan sehari, dengan tiga tan adalah untuk eksport dan selebihnya bagi kegunaan tempatan.

“Sektor huluan adalah menggalakk­an, kami kini sedang membangunk­an industri hiliran dengan produk pertama sate tuna, yang akan terus dikembangk­an,” katanya.

Beliau berkata, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntu­kkan lebih kurang RM700,000 kepada jabatan itu untuk pembanguna­n industri hiliran perikanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia