Berita Harian

CIMB tinjau JV perniagaan pembrokera­n saham di China

Meterai terma bersyarat induk perkongsia­n strategik dengan CGI

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

CIMB Group Holdings Bhd dan China Galaxy Securities Group semalam memeterai terma bersyarat induk bagi meninjau perkongsia­n strategik dalam perniagaan pembrokera­n saham di China.

Perjanjian itu dimeterai di antara anak syarikat CIMB Group, CIMB Group Sdn Bhd dan China Galaxy Internatio­nal Financial Holdings Limited (CGI), anak syarikat China Galaxy Securities Group.

Selain meneroka perkongsia­n strategik dalam perniagaan pembrokera­n saham, perjanjian itu juga untuk mengenal pasti bidang kerjasama lain dalam pasaran relevan yang mana mereka beroperasi.

CIMB Group, satu daripada bank universal terbesar Asia dan China Galaxy Securities Group, satu daripada syarikat sekuriti terbesar China, sedang berunding usaha sama (JV) 50:50 dalam perniagaan pembrokera­n saham.

Pertingkat perniagaan

CIMB terus menawarkan produk dan perkhidmat­an perbankan pelaburan serta pasaran modal kepada pelanggan, manakala syarikat usaha sama akan menjalanka­n perniagaan pembrokera­n saham, menyediaka­n platform pengedaran ekuiti dan perkhidmat­an penyelidik­an untuk melengkapk­an serta menyokong perniagaan perbankan pelaburan miliki penuhnya dan pasaran modal.

Usaha sama itu memperliha­t kan keduadua peneraju dalam pasaran masingmasi­ng menggabung­kan kepakaran dan capaian mereka untuk memperting­katkan serta mengangkat perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata usaha sama itu menjadi petunjuk masa depan bagi perniagaan pembrokera­n saham.

Kukuh keupayaan lebih awal

Katanya, model pemain usaha sama broker tulen dilaksanak­an secara strategik dengan bank adalah model hibrid yang membuka jalan bagi keduadua pihak untuk mewujudkan keupayaan lebih kukuh dan mendalam lebih awal.

“Kami juga yakin dengan China Galaxy Securities Group sebagai rakan kongsi dalam JV ini, CIMB juga akan lebih baik untuk menguasai peningkata­n aliran perdaganga­n dan pelaburan dengan China,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

 ??  ?? Zafrul (kiri) ketika bertukar dokumen perjanjian China Galaxy Securities, Gu Weiguo, di Beijing. dengan Presiden
Zafrul (kiri) ketika bertukar dokumen perjanjian China Galaxy Securities, Gu Weiguo, di Beijing. dengan Presiden

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia