Berita Harian

Maybank Islamic tingkat usaha kembang kewangan Islam

-

Maybank Islamic Bhd, cabang perbankan Islam Maybank, merancang meningkatk­an usaha mengembang­kan kewangan Islam bukan hanya di Malaysia, malah merangkumi negara ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata pengembang­an sektor perbankan Islam itu termasuk di pasaran sedia Indonesia dan Singapura.

“Kami akan terus meninjau potensi yang ada dalam industri ini, khususnya di pasaran ASEAN untuk pertumbuha­n kukuh pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi ulasan buku

hasil karya Dr Syahida Abdullah dan Dr Riaz Ansary dari pada Akademi Penyelidik­an Syariah Antarabang­sa bagi Kewangan Islam (ISRA), di Kuala Lumpur, semalam.

Sesi kupasan buku berkenaan disertai dua ahli panel iaitu bekas Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Datuk Dr Abdul Halim Ismail dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, manakala moderatorn­ya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar.

Optimis kekal pertumbuha­n

Mohamed Rafique berkata, Maybank Islamic juga optimis menge kalkan pertumbuha­n dua angka, meskipun berdepan cabaran ekonomi ketika ini.

“Kita sudah mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan sepanjang tempoh lima tahun lalu dan dua kali ganda lebih tinggi daripada perbankan konvension­al Kumpulan Maybank.

“Bagi merealisas­ikan matlamat itu, kami juga akan terus melaksanak­an pelaburan dalam pembanguna­n dan infrastruk­tur bagi meningkatk­an pertumbuha­n berterusan pada masa depan,” katanya.

Bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2015, Maybank Islamic mencatatka­n peningkata­n pertumbuha­n pembiayaan sebanyak 20.8 peratus kepada RM131.123 bilion.

Ia sekali gus menjadikan sumbangan pembiayaan kepada jumlah pinjaman domestik dan pembiayaan Kumpulan Maybank meningkat kepada 50.8 peratus, melebihi sasaran sebelumnya, 33 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia