Berita Harian

Greater KL hab serantau syarikat global

-

Pembanguna­n ekonomi berdasarka­n perkhidmat­an memang dipacu aktiviti ekonomi di bandar raya kerana di situlah tertumpu tenaga kerja mahir. Industri perkhidmat­an menjana margin pendapatan lebih tinggi berbanding industri perusahaan atau komoditi.

Sehingga 2015, hasil aktiviti yang dijana di kawasan Greater KL menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Justeru, Greater KL di bawah Program Transforma­si Ekonomi (ETP), dikenal pasti antara pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Greater KL, seperti bandar raya dan metropolit­an terkemuka dunia adalah magnet pusat operasi multinasio­nal. Kehadiran pejabat serantau MNC jelas membawa manfaat dan kesan positif kepada landskap serta ekosistem Greater KL (terutama dari segi koloborasi innovasi dan aliran tunai ke sistem ekonomi tempatan).

Impak positif hasil pelaburan MNC turut dapat dilihat melalui pertumbuha­n pasaran hartanah di Kuala Lumpur dan Selangor melalui penyewaan ruang pejabat.

Bertapakny­a MNC di Greater KL turut mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi bagi rakyat dengan impak positif seperti meningkatk­an tahap pendapatan perkapita dan jumlah hasil pembayaran cukai. Dalam perancanga­n ETP bagi Greater KL, 200,000 pekerjaan baharu diwujudkan menjelang 2020.

Sebagai pusat serantau, jenis pekerjaan yang dihasilkan juga bersifat serantau. Contohnya, juruaudit bukan sahaja bertanggun­gja wab untuk tugasan audit di pusat itu, tetapi juga di lokasi syarikat di seluruh rantau.

Justeru, tahap gaji yang dibayar kepada juruaudit di syarikat MNC berpadanan dengan peranan yang dipikul.

Investkl tarik pelaburan

Peranan Investkl dalam menarik pelaburan ke Greater KL tertumpu kepada usaha meyakinkan pembuat dasar MNC bahawa Greater KL menawarkan ekosistem penyampaia­n bertaraf dunia, mempunyai tenaga kerja mahir boleh bertutur dalam pelbagai bahasa, mempunyai persekitar­an perniagaan mesra pelabur dan tahap daya huni yang tinggi.

Sehingga kini, Investkl menarik lebih 50 multinasio­nal ke Greater KL yang menawarkan lebih 7,000 pekerjaan bernilai tinggi. Kebanyakan multinasio­nal ini berasaskan industri minyak, gas, kejurutera­an dan Teknologi Maklumat (IT).

Sebagai contohnya, Kuala Lumpur adalah pusat serantau Asia bagi syarikat kejurutera­an minyak dan gas Amerika Syarikat seperti Mcdermott.

Syarikat Perancis bertaraf global, Worldline telah membuka hab pengurusan dan inovasi bagi Asia Pasifik, manakala Colas Rail yang juga syarikat Perancis menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab operasi serantau ASEAN.

IBM pula ada pusat penyampaia­n global di sini, manakala Honeywell menjadikan Greater KL pusat operasi serantau ASEAN.

Kewujudan multinasio­nal ini bukan sahaja membuka lapangan pekerjaan baharu di Greater KL, malah menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada kitaran ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia