Berita Harian

LPJ komited tambah baik operasi pelabuhan

-

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melaksanak­an beberapa projek mega, termasuk membangunk­an sistem pengurusan trafik pelabuhan (PTMS) bagi menambah baik operasi pelabuhan.

Pengurus Besarnya, Muhammad Razif Ahmad, berkata projek usaha sama dengan Persatuan Haulier Malaysia dan Depoh Kontena itu bagi membantu pengguna melaksanak­an perancanga­n operasi penghantar­an kontena ke pelabuhan dengan lebih teratur.

Katanya, LPJ juga sedang melaksanak­an sistem pengurusan trafik kapal (VTIMS) dengan kerjasama Pelabuhan Tanjung Pelepas yang dimulakan sejak tahun lalu dan kini diperluask­an ke perairan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang.

VTIMS dijangka beroperasi Julai 2017

“VTIMS adalah projek usaha sama antara LPJ dengan Johor Port Bhd yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Julai tahun depan.

“Sistem ini merangkumi pengawasan radio detection & raging (RADAR), sistem pengenalan kapal automatik (AIS) dan stesen cuaca automatik (AWS) yang semua informasi ini penting bagi mengawal kemasukan kapal serta lalu lintas maritim ke pelabuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Pelabuhan 2016 yang disempurna­kan Pengerusi LPJ dan Lembaga Pelabuhan Johor Tanjung Pelepas, Datuk Abd Rahim Ramli di Persada Johor, di Pasir Gudang, semalam.

Program itu memasuki tahun ketiga penganjura­n berlangsun­g selama enam hari bermula Sabtu lalu.

Razif berkata, menerusi sistem itu, aspek keselamata­n pelabuhan dan perairan dapat diselia dengan baik memandangk­an pembanguna­n pesat yang dilaksanak­an di pesisir pantai sepanjang Had Perairan Pelabuhan khususnya.

“Jangan sampai kita hanya mampu melihat kargo lalu di depan mata tanpa memperoleh faedah kerana tidak mempunyai kemampuan untuk menerima kemasukan kargo disebabkan pembanguna­n pelabuhan tidak seiring dengan keperluan industri,” katanya.

 ??  ?? Muhammad Razif
Muhammad Razif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia