Berita Harian

Nando’s rancang perluas cawangan di Sarawak

Intai peluang di bandar raya terutama Miri, lokasi hampir dengan Brunei Darussalam

- Oleh Mohd Roji Kawi

Nando’s Chickenlan­d Malaysia Sdn Bhd sedang mempertimb­angkan rancangan mengembang­kan operasinya di beberapa bandar utama lain di Sarawak, selain Kuching.

Pengarah Pemasaran Nando’s Malaysia dan Singapura, Chai Hui Fung, berkata antara lokasi dikenal pasti berpotensi untuk pembukaan cawangan baharunya ialah Miri.

Katanya, kedudukan strategik bandar raya itu berhampira­n Brunei Darussalam antara faktor menarik untuk syarikat mempertimb­angkan pembukaan cawangan restoranny­a di wilayah utara negeri itu.

“Nando’s sudah memiliki dua cawangan di Kuching, masingmasi­ng di Pusat BeliBelah Vivacity yang mendapat sambutan menggalakk­an sejak mula beroperasi pada Disember tahun lalu.

“Ia disusuli cawangan kedua yang baru sahaja dibuka di Pusatbeli Belah The Spring.

Perluas rangkaian operasi

“Berdasarka­n sambutan cukup memberangs­angkan, kita sedang meneliti potensi untuk memperluas­kan rangkaian operasi di luar banda raya ini, terutama di wilayah utara Sarawak,” katanya ketika meraikan

Nando’s rangkaian restoran ayam panggang berasal dari Afrika Selatan Diasaskan pada 1987 Beroperasi di 26 negara di lima benua petugas media di Nando’s The Srping, Kuching, semalam.

Hui Fang berkata, sebelum ini Nando’s sudah mengembang­kan operasi ke Sabah dan sehingga kini memiliki tiga cawangan di Kota Kinabalu.

Rangkaian restoran ayam panggang itu di Kota Kinabalu ialah di Kompleks 1Borneo, Kompleks Imago di KK Times Square dan di Oceanus Waterfront Mall.

“Sambutan di Sabah cukup baik, begitu juga di Sarawak selepas pembukaan cawangan pertama Disember tahun lalu.

“Selepas hampir setahun di Sarawak, kita membuka cawangan kedua dan tidak mustahil cawangan ketiga akan menyusul selepas ini,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD ROJI KAWI/BH ] ?? Hui Fung meraikan petugas media di Restoran Nando’s The Spring, Kuching, semalam.
[ FOTO MOHD ROJI KAWI/BH ] Hui Fung meraikan petugas media di Restoran Nando’s The Spring, Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia