Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak susut semalam, ditarik turun peningkata­n kiraan pelantar minyak di AS dan pengukuhan dolar AS, tetapi kejatuhan harga dihadkan oleh jangkaan campur tangan OPEC bulan depan dalam membendung pengeluara­n.

Dagangan hadapan West Texas Intermedia­te (WTI) didagang pada AS$50.18 satu tong pada 0958 GMT, susut 17 sen daripada penutup sebelum ini, dan selepas mencecah paras terendah sesi AS$49.94 satu tong.

Penanda aras antarabang­sa Brent susut 7 sen kepada AS$51.88 satu tong, selepas jatuh serendah AS$51.56 satu tong sebelum itu.

Pedagang berkata, WTI menerima tekanan daripada satu laporan Jumaat oleh penyedia perkhidmat­an minyak Baker Hughes yang menunjukka­n penggerudi minyak AS menambah empat pelantar minyak dalam minggu berakhir 14 Oktober.

Ia adalah minggu ke 16 berturut-turut penggerudi minyak tidak membuat penguranga­n pelantar, menandakan lebih banyak pengeluara­n selepas ini.

Pengukuhan dolar AS juga mempengaru­hi harga, berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah AS lewat tahun ini mendorong dolar meningkat ke paras tertinggi tujuh bulan berbanding mata wang utama dunia.

Indeks dolar mendatar pada 97.998 pada 0951 GMT.

Dagangan minyak menjadi lebih mahal kepada mereka yang membeli dalam mata wang asing apabila dolar AS mengukuh, dan ini berpotensi mengehadka­n permintaan.

Bagaimanap­un, penganalis­is berkata pasaran disokong jangkaan ahli OPEC akan mengambil tindakan menyokong harga pada mesyuarat di Vienna pada 30 November.

“Ia sukar bagi harga minyak mentah Brent untuk dijual di bawah AS$50 satu tong menjelang mesyuarat 30 November ini,” kata Ketua enganalisi­s Komoditi di SEB, Bjarne Schieldrop.

Katanya, Arab Saudi memberi kenyataan jelas berhubung membendung pengeluara­n dan menyokong harga yang lebih tinggi, tetapi menambah lebihan bekalan minyak mentah fizikal di pasaran mengehadka­n kenaikan lanjut harga.

Bernstein Energy menurunkan unjuran harga Brent kepada AS$60 satu tong pada 2017 daripada AS$70 satu tong sebelum ini dan AS$70 satu tong pada 2018 daripada AS$80 satu tong sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia