Berita Harian

FBM KLCI teruskan penurunan

Harga minyak, pelabur waspada punca indeks susut 5.26 mata

-

408 kaunter tidak berubah, 488 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 1.26 bilion unit bernilai RM1.52 bilion daripada 1.34 bilion unit bernilai RM1.48 bilion pada Jumaat.

Peniaga berkata, kenyataan positif oleh Perdana Menteri mengenai langkah untuk memperkasa dan memacu ekonomi negara dalam mendepani cabaran kelembapan ekonomi dunia ketika ini, bagaimanap­un tidak memberi sokongan kepada bursa tempatan.

Tunggu pemangkin baharu

“Pelabur tetap tidak memasuki pasaran, menunggu pemangkin baru untuk memacu minat mendahului Bajet 2017,” kata peniaga itu.

Kejatuhan harga minyak juga memberi kesan kepada sentimen di pasaran tempatan.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermedia­te turun 15 cent kepada AS$50.20 setong dan minyak mentah Brent jatuh lapan cent kepada AS$51.87 setong.

Bagi bursa serantau, Straits Times di Singgapura susut 0.21 peratus kepada 2,809.21, di Hong Kong pula, Hang Seng merosot 0.84 peratus kepada 23,037.54 dan di Jepun, Nikkei 225 turun 0.26 peratus kepada 16,900.12.

Antara saham wajaran tinggi, TNB dan Public Bank berkuranga­n dua sen setiap satu, masing-masing kepada RM14.40 dan RM19.70, Maybank dan Petronas Chemicals menyusut satu sen setiap satu, masing-masing kepada RM7.60 RM6.80, IHH Healthcare susut dua sen kepada RM6.40 dan Sime Darby merosot 11 sen kepada RM7.75.

Bagi saham rugi, AEON Credit turun 32 sen kepada RM14.66, Nestle dan Bintulu Port merosot 28 sen setiap satu, masing-masing kepada RM78.10 dan RM6.38, Petronas Gas menyusut 18 sen kepada RM21.60 manakala Heineken Malaysia jatuh 16 sen kepada RM17.08.

Di pasaran, Indeks FBM Emas susut 28.04 mata kepada 11,709.60, Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 35.88 mata kepada 12,369.01, Indeks FBMT100 turun 28.37 mata kepada 11,406.49 dan FBM Ace menyusut 10.03 mata kepada 5,139.17.

FBM 70 turun 5.60 mata kepada 13,786.82. Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n jatuh 11.38 mata kepada 7,903.19, Indeks Perusahaan turun 21.60 mata kepada 3,099.44 dan Indeks Kewangan kurang 13.91 mata kepada 14,211.46.

Jumlah dagangan pasaran utama merosot kepada 756.36 juta unit bernilai RM1.44 bilion daripada 810.4 juta unit bernilai RM1.41 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan ACE berkuranga­n

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkuranga­n kepada 254.32 juta unit bernilai RM28.63 juta daripada 286.94 juta unit bernilai RM25.66 juta sebelumnya.

Waran naik kepada 249.54 juta units bernilai RM44.53 juta daripada 243.04 juta unit bernilai RM49.26 juta.

Barangan pengguna menguasai 54.38 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (226.63 juta), pembinaan (42.19 juta), dagangan dan perkhidmat­an (255.11 juta), teknologi (33.85 juta), infrastruk­tur (13.51 juta), SPAC (12.95 juta), kewangan (36.16 juta), hotel (65,700), hartanah (44.97 juta), perladanga­n (19.38 juta), perlombong­an (15,000), REIT (17.10 juta) dan tertutup/dana (45,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia