Berita Harian

Kebanyakan saham serantau merosot

-

bertahun lamanya.

Penganalis­is berkata, komen daripada Pengerusi Fed AS, Janet Yellen pada Jumaat lalu mencadangk­an bank pusat AS menaikkan kos pinjaman tetapi pada kadar yang kukuh.

Yellen berkata, dengan ekonomi tekanan tinggi akan membantu ia mengekang impak yang dicetuskan krisis kewangan global.

“Jika tidak, ini adalah satu lagi preskripsi rendah untuk tempoh panjang. Bagaimanap­un, komen ini tidak menghalang kenaikan kadar 25 mata asas tahun ini sebagai satu langkah proses pemulihan itu,” kata Pakar Ekonomi Kanan Jefferies LLC yang berpangkal­an di New York, Thomas Simons dalam nota kepada pelanggan.

Peningkata­n pada Disember

Kebanyakan pakar menjangkak­an peningkata­n pada Disember dan memantau rapat perangkaan output perindustr­ian AS minggu ini dan perangkaan inflasi.

Prospek kos pinjaman yang tinggi menjejaska­n pasaran Asia pada awal pagi tetapi sesetengah sudah pulih.

Tokyo ditutup 0.3 peratus lebih tinggi, dengan pemulihan dalam dolar AS berbanding yen membantu pengekspor­t sementara Seoul naik 0.2 peratus.

Shanghai ditutup 0.7 peratus lebih rendah, Sydney merosot 0.8 peratus, Wellington jatuh 0.9 peratus dan Hong Kong jatuh 0.8 peratus.

Dolar AS mengukuh pada Jumaat berikutan prospek kenaikan kadar faedah dan mengekalka­n peningkata­n di Asia.

Dolar AS berada pada paras 104.10 yen di Tokyo, daripada 104.16 yen di New York tetapi masih tinggi berbanding 103.66 yen pada Khamis.

Euro berada pada paras AS$1.0985 daripada AS$1.0974 pada Jumaat tetapi lemah berbanding AS$1.1056 dicatatkan pada Khamis.

Pound kekal berada pada paras rendah dalam tiga dekad kerana peniaga bimbang mengenai pelan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Pada awal dagangan di Eropah, London dan Frankfurt setiap satu jatuh 0.3 peratus dan Paris merosot 0.4 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia