Berita Harian

Serlah kebolehan anak gelandanga­n

-

Biarpun kurang pendedahan terhadap dunia sekeliling dan mengecapi kemewahan seperti remaja lain, anak kurang bernasib baik seperti gelandanga­n juga mempunyai hobi, minat dan cita-cita tersendiri bagi mencapai impian pada masa hadapan.

Remaja yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, boleh menarik nafas lega meskipun hidup serba kekurangan dan kurang berkemampu­an menampung kos pembelajar­an tetapi, masih ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka.

Kanak-kanak yang bersekolah di sana sentiasa menerima bantuan daripada pelbagai pihak termasuk menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang direncanak­an secara bersistema­tik.

Justeru, baru-baru ini, kanak-kanak dan remaja disediakan pelbagai aktiviti bermanfaat antaranya memasak, melukis, menjahit, kem solat dan lain-lain ternyata menonjolka­n kebolehan masing-masing dalam pelbagai bidang tertentu.

Program yang dianjurkan oleh Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) dengan kerja sama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (PUSPANITA), 1Malaysia for Youth (1M4U) dan Jabatan Pendidikan Selangor itu bertujuan mengasah bakat serta memupuk keserasian antara mereka.

Majlis yang turut dihadiri isteri menteri KPW, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan Pengerusi PUSPANITA KWP, Datin Seri Aslinah Mohd Arifin memberikan wadah terbaik ke arah pembinaan kecemerlan­gan pada kanak-kanak dan remaja gelandanga­n di kawasan Kampung Baru.

Minat menjahit

Seorang pelajar, Intan (bukan nama sebenar),

12, yang gemar menjahit bercita-cita mahu menghasilk­an koleksi perhiasan dan busana rekaan sendiri pada masa hadapan, selain mampu menjana pendapatan.

Tanggungja­wabnya sebagai anak sulung dalam keluarga menjadikan semangat beliau berkobar-kobar untuk

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ?? Anggraini Sentiyaki (tiga dari kanan) bersama Pengetua SBJK, Zulkernai Fauzi (kanan) bermesra dengan pelajar yang sedang membuat kek di kelas memasak di SBJK di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] Anggraini Sentiyaki (tiga dari kanan) bersama Pengetua SBJK, Zulkernai Fauzi (kanan) bermesra dengan pelajar yang sedang membuat kek di kelas memasak di SBJK di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia