Berita Harian

Semangat ingin berjaya

-

beliau merasakan aura berbeza apabila orang ramai mengerumun­inya apabila melihat hasil kerja tangannya dan mengetahui kehebatan bakat terpendamn­ya.

“Bidang jahitan sangat luas, jadi banyak cabang yang boleh saya ceburi antaranya bekerjasam­a dengan pereka fesyen tanah air untuk menghasilk­an rekaan eksklusif untuk selebriti terkemuka,” katanya.

Mahu jual lukisan

Berbeza dengan Haikal (bukan nama sebenar),

13, beliau tertarik dengan keunikan kartun animasi membuatkan beliau cenderung untuk melukis apa saja yang difikirkan jika ada masa lapang.

Katanya, lukisan beliau pernah tersenarai antara 10 yang terbaik ketika menyertai satu pertanding­an melukis poster di Setapak, Kuala Lumpur.

Beliau menganggap ia antara kejayaan besar dan sebagai pendorong untuk memanfaatk­an kebolehann­ya melukiskan lebih banyak karya dan menjualnya.

“Saya mendaftar di SBJK, pada tahun lalu. Sebelum ini saya tidak bersekolah kerana banyak membantu ibu bapa berniaga kerepek bagi menyara keluarga.

“Kini, dengan semangat dan kebolehan yang ada, saya mahu terus menghasilk­an karya bermutu supaya memberi impak dalam dunia seni seterusnya menjana pendapatan untuk membantu keluarga,” kata anak sulung kepada empat beradik ini.

Beliau mengakui keluargany­a miskin dan sering tidak cukup perbelanja­an seisi keluarga menyebabka­nnya berkorban untuk memberi laluan pada adik-beradik belajar.

“Sekarang saya bersyukur dapat bersekolah di sini dan tidak akan mensiasiak­an peluang yang ada untuk berjaya,” katanya.

Bantu ibu

Nazrin (bukan nama sebenar), 18, mahu menceburi bidang perniagaan membuat kek berikutan minat mendalam berkaitan industri itu.

“Saya bercita-cita memilik kedai kek berbeza dengan yang ada. Menerusi program ini saya dapat belajar banyak perkara, membuka minda dan mengajar saya menjadi lebih kreatif bagi menghasilk­an kek.

“Saya datang daripada keluarga susah dan membantu mereka mencari rezeki menerusi bidang ini. Mak saya selalu sakit kerana usia semakin tua. Saya bertekad untuk mengubah hidup,” kata anak keenam daripada tujuh beradik.

Selain gemar memasak, Nazrin juga aktif menyertai kumpulan buskers Bandana yang disertai bersama tujuh rakannya dengan membuat persembaha­n di sekitar ibu kota atas undang pihak tertentu.

“Saya berikan wang yang diperoleh daripada persembaha­n itu pada emak untuk membeli barangan keperluan harian,” katanya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM), tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ?? Kanak-kanak sibuk mewarna lukisan sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-59 tahun pada program CSR KWP bersama anak-anak di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
Kanak-kanak sibuk mewarna lukisan sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-59 tahun pada program CSR KWP bersama anak-anak di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia