Berita Harian

Penghadama­n bina imuniti kanak-kanak

-

Ramai ibu bapa begitu mengambil berat mengenai kepentinga­n makanan berkhasiat dalam membantu menjaga anak supaya kuat dan kurang terdedah kepada penyakit.

Namun, dalam keprihatin­an mereka, mungkin ada yang terlepas pandang mengenai pentingnya aspek penghadama­n dalam pemakanan si manja.

Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, berkata penghadama­n yang baik memainkan peranan penting membina daya ketahanan semula jadi kanak-kanak terhadap sebarang penyakit.

“Sistem penghadama­n tubuh bertanggun­gjawab untuk mencerna makanan bagi membolehka­n badan menyerap nutrien secukupnya.

“Sehubungan itu, khasiat pemakanan perlu dipelihara dalam struktur semula jadi supaya ia mudah melalui proses penghadama­n,” katanya dalam sesi bual bicara khas sempena pelancaran formulasi baharu Friso Gold dengan Locnutri, baru-baru ini.

Nutrisi boleh hilang ketika memasak

Beliau berkata, biarpun semakin ramai ibu yang begitu mementingk­an penyediaan makanan berkhasiat untuk keluarga, masih ramai yang tidak menyedari ada di antara kehilangan nutrisi ketika dalam proses penyediaan dan memasaknya.

Katanya, penting ibu mengetahui hanya makanan yang dimasak pada suhu yang betul saja menjadikan ia mudah dihadam.

“Tahap haba yang digunakan dalam pemprosesa­n makanan sebenarnya boleh menjejaska­n keupayaan penghadama­n kerana memasak menggunaka­n haba terlalu panas atau tinggi menjadikan sesuatu makanan itu lebih sukar dihadam,” katanya.

Indra berkata, nutrien atau khasiat daripada makanan yang rosak akan menjadikan ia sukar diserap oleh usus kanak-kanak dan lebih memburukka­n keadaan akan mengakibat­kan masalah pencernaan.

“Akibatnya perut anak menjadi tidak selesa seperti merasa sakit perut, masalah sembelit dan kesukaran membuang air besar kerana najis yang keras,” katanya.

Boleh jejas aktiviti harian

Indra berkata, masalah penghadama­n kepada kanak-kanak juga boleh menjejaska­n aktiviti harian kerana menyebabka­n mereka mudah berasa gelisah, tidak berminat untuk bermain dan kurang selera makan.

Malah, katanya kanakkanak kecil akan kerap menangis akibat keadaan tidak selesa itu sehingga menjejaska­n aktiviti belajar dan interaksi mereka dengan orang sekeliling.

Sementara itu, aktres Liyana Jasmay berkata, beliau menyedari masalah ketidakhad­aman boleh menjejaska­n aktiviti fizikal dan mental anaknya,

Sofia Arissa, 2, yang disifatkan­nya kini dalam peringkat usia penting untuk meneroka pengalaman kehidupann­ya.

“Saya sentiasa memastikan penyediaan makanan yang segar dan kaya dengan serat selain menggalakk­an dia minum banyak air bagi membantu sistem penghadama­nnya dalam keadaan baik,” katanya.

Inovasi kekal nutrisi

Sementara itu, Friso

Gold menambah baik formulasin­ya dengan teknologi Locnutri bagi memastikan si manja mencerna makanan seperti susu dan menyerap nutrien dengan lebih mudah.

Pengarah Urusan

Dutch Lady Malaysia,

Saw Chooi Lee berkata, teknologi Locnutri Friso Gold memproses susu dengan rawatan haba sederhana bagi memelihara struktur asli nutrien menjadikan ia mudah dihadam dan membantu si kecil lebih kuat dari dalam.

Katanya, nutrien dalam susu penting untuk pertumbuha­n si kecil kerana ia bukan saja membantu otot, kulit, tulang dan tisu tetapi berfungsi meningkatk­an daya tahan tubuh melawan penyakit.

 ??  ?? pelancaran Friso Gold baharu dengan teknologi Locnutri
pelancaran Friso Gold baharu dengan teknologi Locnutri
 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB/ BH ] ?? Dari kiri; Liyana Jasmay, Saw Chooi Lee, Pengarah Pemasaran, Ashlee Ng dan Artis, Wayne Chua pada majlis di EX8, Industrial Estate, Subang Jaya.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB/ BH ] Dari kiri; Liyana Jasmay, Saw Chooi Lee, Pengarah Pemasaran, Ashlee Ng dan Artis, Wayne Chua pada majlis di EX8, Industrial Estate, Subang Jaya.
 ??  ?? Indra Balaratnam
Indra Balaratnam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia