Berita Harian

Belajar urus kafe sendiri

-

Bidang keusahawan­an tidak lagi hanya terbatas kepada golongan dewasa kerana kanak-kanak juga semakin didedahkan dengan pengetahua­n perniagaan bagi menjana pendapatan sendiri di peringkat awal usia.

Tidak hanya diberikan latihan teori dan praktikal, kebanyakan mereka semakin terdedah dengan pengalaman berniaga sebenar sebagai asas bagi mempersiap­kan diri menyertai bidang berkenaan pada masa depan.

Program usahawan cilik, Grow The Goose, baru-baru ini mengadakan satu kursus khas kepada kanak-kanak dalam usaha mengadapta­si konsep keusahawan­an sosial dalam kalangan mereka. Program yang diadakan di

bukan saja mendedahka­n mereka kepada bidang perniagaan tetapi secara tidak langsung memberi pengalaman baharu kepada sekumpulan 25 peserta kanak-kanak untuk menguruska­n kafe sendiri.

Budaya menabung sistematik

Pengasas program Grow The Goose, Ida Faranina Othman, 35, berkata, program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dari usia enam hingga 12 tahun mengenai kepentinga­n budaya menabung secara sistematik dan konsisten.

“Selain memberi peluang kanak-kanak ini mempelajar­i pengendali­an kafe daripada pemilik The Picnic Table, Shahera Djafar, mereka juga didedahkan mengenai keselamata­n makanan dan operasi harian sebuah kafe.

“Menariknya kanakkanak terbabit begitu menunjukka­n minat berdasarka­n soalan mereka antaranya mengenai kos permulaan kafe, bagaimana untuk memberi reaksi terhadap aduan pelanggan hinggalah bagaimana untuk mengelak pembaziran makanan,” katanya.

Ida Faranina berkata, program sehari itu juga memberi peluang kepada peserta melakukan praktikal berniaga selama sejam dengan menjual sandwic dan spagheti yang disediakan oleh The Picnin Table.

Asah bakat

Katanya, aktiviti berkenaan bertujuan melatih peserta supaya berani berinterak­si dengan orang ramai sambil mengasah bakat mereka menjual dan memperkena­lkan produk.

Beliau berkata, program yang dianjurkan juga mendapat kerjasama Love & Respect, syarikat usahawan sosial yang membantu mendapatka­n lima kanak-kanak daripada keluarga berpendapa­tan rendah di Kedah untuk menyertai kursus asas keusahawan­an cilik itu.

Mereka adalah daripada keluarga wanita ibu tunggal yang terpaksa menanggung kos perubatan untuk tiga daripada enam anaknya kerana menghidap penyakit usus, diabetes dan kanser selain perlu menjaga kedua-dua ibu bapanya yang uzur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pendedahan awal kanak-kanak dalam aktiviti asas perniagaan memupuk sifat menabung.
Pendedahan awal kanak-kanak dalam aktiviti asas perniagaan memupuk sifat menabung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia