Berita Harian

Awasi keselamata­n anak di pusat beli-belah

Si kecil mungkin terdedah bahaya ketika ibu bapa sibuk pilih, beli barang

-

Membeli-belah bersama anak dan keluarga pastinya menyeronok­kan kerana ia dapat merapatkan hubungan.

Namun, lazimnya anak kecil ketika berada di pusat beli-belah mudah tertarik dengan lif, tangga bergerak, paparan digital di kedai, malah apa saja benda bergerak termasuk mainan dan peralatan yang mungkin mendedahka­n mereka kepada ancaman bahaya.

Justeru, ibu bapa bertanggun­gjawab mengawasi gerak-geri anak walaupun dalam kesibukan memilih dan membeli barang diinginkan. Perhatian patut lebih ditumpu pada anak kerana walaupun hanya terleka seketika ia boleh mengundang pelbagai kemungkina­n.

Ancaman bahaya

Ketua Pencegahan Kecederaan, Klinik dan Hospital Kanak-kanak Mercy di Kansas City, Missouri, Denise Dowd, berkata paparan promosi digital tinggi adalah jenis ancaman paling bahaya buat kanak-kanak.

Namun, paparan kecil di pusat beli-belah turut membahayak­an seperti dialami pelanggan, Jennifer Keller dari Mesa, Arizona apabila meja cermin mata mencederak­an anak rakannya ketika beliau sedang membeli cermin mata hitam.

“Anak rakannya bersandar pada salah satu meja paparan, kemudian ia terbalik. Meja yang mempunyai kaca pada bahagian atas menghempap kaki anak rakannya. Mujur tiada kecederaan serius,” katanya.

Dowd menasihatk­an, usah biarkan anak anda bermainmai­n sekitar meja paparan kerana tidak semua kedai mempunyai pengawasan dan ciri keselamata­n. Justeru, ia boleh menjadi ancaman dengan begitu mudah.

“Jangan biarkan anak anda merangkak di bawah meja paparan yang kelihatann­ya menyeronok­kan. Sekiranya mereka mencapai apa-apa bahan di atas meja, sebenarnya ia menarik hampir semua yang ada dan bakal menghempap mereka dari atas,” katanya.

Berhati-hati di tangga bergerak

Sementara itu, Pengarah Perubatan Pusat Penyelidik­an dan Pencegahan Kecederaan, Hospital Kanak-kanak Memorial di Chicago, Dr Karen Sheehan, mendedahka­n kira-kira 2,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun cedera di tangga bergerak setiap tahun.

Kebanyakan kecederaan adalah kerana jatuh akibat kecuaian ibu bapa yang terlepas pandang. Lain-lain kecederaan membabitka­n tangan, kaki atau pakaian kanak-kanak yang terperangk­ap di bahagian tangga sedang bergerak.

Beliau mencadangk­an ibu bapa sentiasa memegang tangan anak ketika berada di tangga bergerak. Seterusnya memberi tunjuk ajar ketika berada di atasnya supaya sentiasa memastikan jarinya tidak terperangk­ap dalam jurang susur tangan.

“Ajar anak anda supaya berdiri dan memandang ke depan. Jika mereka duduk di atas tangga bergerak, jari tangan dan kakinya lebih rapat ke bahagian tangga bergerak yang sedang berputar.

“Jika anda mempunyai kereta sorong bayi, sebaiknya gunakan lif. Dibimbangi orang di belakang atau depan tertolak, anda boleh hilang imbangan dan kawalan terhadap kereta bayi berkenaan ketika berada di atas tangga bergerak,” katanya.

Sheehan berkata, teliti pakaian anak dan pastikan tali kasut terikat rapi serta usah biar anak menyeret kot atau selendangn­ya di atas lantai. Jika pakaian tertarik ke ruang kecil ketika tangga sedang bergerak, ia akan menarik anak anda sekali.

“Jika anak anda tersekat bersama pakaian yang diseret, tekan butang berhenti kecemasan yang biasanya terletak di awalan atau penghujung tangga bergerak. Jika anda berada jauh, jerit kepada seseorang untuk melakukann­ya,” katanya. Ketua Pencegahan Kecederaan, Klinik dan Hospital Kanak-kanak Mercy Kansas City, Missouri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia