Berita Harian

Awasi penggunaan troli

-

anak dalam troli beli-belah seperti satu kemudahan. Namun, laporan American Academy of Pediatrics mendedahka­n seramai 21,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun terbabit dalam kemalangan membabitka­n troli belibelah yang mencederak­an kepala dan leher mereka.

Dr Sheehan berkata, antara punca kepada masalah itu adalah reka bentuk troli yang tidak seimbang. Ia berat dan lebar pada bahagian pemegang malah ringan seperti bakul sempit.

“Jika anak anda berdiri di dalam troli beli-belah atau mengikut sama ada di tepi atau belakang ketika berjalan bersamanya, ia mudah tumbang sekiranya digoyang perlahan seterusnya menindih mereka dan menyukarka­n pergerakan untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Beliau mencadangk­an, strategi keselamata­n seperti mengelakka­n anak daripada duduk di dalam troli, jangan membiarkan mereka menaiki dari bahagian tepi dan sentiasa menjauhkan jarak supaya troli tidak mudah dicapai kanak-kanak.

“Pilih troli dengan tempat duduk kanak-kanak menghadap ke arah anda dan rendah ke bawah. Pakaikan tali pinggang keselamata­n jika ada sebagai langkah ber- jaga-jaga. Selain itu, jangan letak pembawa bayi di atas troli bagi mengelakka­n ia bertambah berat seterusnya mudah terbalik,” katanya.

Pintu lif

Bukan saja tangga bergerak dan troli boleh menjadi punca kemalangan di pusat beli-belah, lif turut mencatatka­n seramai 2,000 kanak-kanak cedera setiap tahun apabila tangan serta anggota badan mereka hancur pada pintu lif.

Dr Sheehan berkata, kebanyakan pintu lif akan dibuka jika sensor mengesan pergerakan dan sesuatu di antaranya, namun lengan serta jari kanak-kanak terlalu kecil membuatkan ia gagal mengesanny­a.

Nasihat Dr Sheehan, ibu bapa tidak sekali-kali cuba menghentik­an pintu dari tertutup dengan lengan, kaki, beg atau kereta bayi walaupun kebanyakan lif di pusat beli-belah dilengkapi ciri keselamata­n, sensor foto elektrik kadangkala gagal berfungsi.

“Sentiasa berjaga-jaga di celahan antara lif dan lantai dengan memastikan tingkat lif sekata bagi mengelakka­n anak anda terjatuh atau kakinya tersepit. Selain itu, pastikan berdiri di belakang garisan dan elakkan anak daripada bersandar di pintu lif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia