Berita Harian

Galak anak rasai pengalaman baharu

-

Dalam mendidik anak, ibu bapa seharusnya menerima konsep pembelajar­an bebas dengan pemantauan yang memberi peluang kepada anak mengenali diri mereka sendiri.

Pakar kanak-kanak,

Ruth Liew, berkata, kesan kaedah pembelajar­an seperti itu dapat dilihat dalam tumbesaran anak yang mana mereka dapat belajar menjadi individu berkemahir­an, bertanggun­gjawab, berdikari, berdisipli­n dan bersemanga­t.

“Menjadi lumrah ibu bapa merasai perasaan seperti seronok dan gelisah ketika membenarka­n anak belajar sendiri. Sepatutnya tidak perlu risau kerana ia memberi kelebihan, anak belajar lebih berdikari tanpa perlu mengharapk­an bantuan orang lain.

“Apabila ibu bapa terlalu melindungi, menyelesai­kan masalah atau sentiasa mengawasi anak mereka, ia boleh membentuk satu kefahaman negatif dalam jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui pada bengkel keibubapaa­n ‘Meneroka Kegembiraa­n dalam

Dunia Pembelajar­an, di ibu negara, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pemasaran Wyeth Nutriton (M) Sdn Bhd, Mohd Zaki Mohd Zin.

Pada majlis itu, Wyeth Nutrition turut melancarka­n kempen #Letthemlea­rn berteraska­n kepada idea memberi kebebasan dan menyemai tanggungja­wab ke dalam diri kanakkanak bagi menggalakk­an tumbesaran positif.

Galak lakukan kerja bersama-sama

Ruth berkata, ibu bapa patut membenarka­n anak bermain dan mengalami sendiri baik buruk kehidupan. Belajar daripada kesilapan sendiri akan meletakkan mereka dalam landasan yang betul menuju kejayaan.

“Mereka akan membentuk personalit­i positif secara semula jadi dan belajar berdikari dengan kasih sayang, galakan dan keyakinan ibu bapa mereka,” katanya.

Selain itu, ibu bapa perlu melengkapk­an anak dengan kemahiran dan panduan yang betul. Justeru, apabila anak menemui penyelesai­an, mereka berupaya membentuk jati diri untuk berinterak­si dengan dunia mereka.

Ruth juga menggalakk­an ibu bapa melakukan aktiviti bersama anak seperti mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya daripada menengking menyuruh mereka mengemas apa yang sepatutnya.

Secara tidak langsung, ia dapat membentuk anak belajar bagaimana menguruska­n diri selepas melakukan perkara berkenaan tanpa perlu disuruh atau dimarahi.

Beri kata perangsang

Katanya, kebanyakan ibu bapa juga suka memberikan anak hadiah kerana meraikan sesuatu kejayaan, tetapi seeloknya beri semangat dengan kata-kata perangsang.

“Jika terlalu memberi hadiah, anak akan jadi terlalu meminta-minta. Tetapi jika dipuji dengan kata-kata positif, tidak mustahil mereka akan lebih rasional dan tutur kata akan bertambah baik.

“Proses pembelajar­an itu bukan datang sertamerta, ia secara perlahanla­han dan ibu bapa harus menunjukka­n teladan yang baik supaya anak dapat memahami setiap baik buruk perkara yang mereka lakukan,” katanya. Pakar kanak-kanak

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] ?? Ruth (kiri) memberi penerangan, pada majlis ‘Wyeth Nutrition’ kempen ‘#Letthemlea­rn di One World Hotel, baru-baru ini.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] Ruth (kiri) memberi penerangan, pada majlis ‘Wyeth Nutrition’ kempen ‘#Letthemlea­rn di One World Hotel, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia