Berita Harian

Bergabung idea laksana p

-

Restoran nasi kandar kebiasaann­ya menjadi port pilihan buat lima anak muda ini untuk melepak sambil membincang­kan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang.

Sambil menghirup teh tarik, teh o ais, menjamah roti canai, nasi kandar dan mi goreng, mereka yang bertemu empat kali sebulan akan menghabisk­an masa sekitar dua jam untuk mengemas kini jadual aktiviti pertubuhan yang mereka sertai.

Namun, tidak sekadar aktiviti pertubuhan sahaja, mereka juga akan berbual berkaitan hal semasa dan perkara yang menyentuh hal peribadi.

Muhd Arshad Abdul Rahman, Rashad Ahmad Mohd Idris, Muhammad Khuzairi Zainol, Muhd Badrul Anam Abdul Rahman dan Kusnadi Bustani masing-masing berusia pertengaha­n

20-an hingga awal 30-an, tetapi aktif dengan aktiviti sukarelawa­n menerusi Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang.

Pertubuhan itu ditubuhkan pada Disember

2015 menjadi medan untuk memperkasa­kan belia di Pulau Pinang dalam aktiviti kebajikan dan sukarelawa­n.

Ahli sentiasa beri kerjasama

Muhd Arshad berkata, kebiasaann­ya mereka akan mengadakan perjumpaan di restoran mamak kerana suasananya lebih santai berbanding perbincang­an di pejabat.

“Kami akan berjumpa selepas waktu pejabat bagi memastikan semua dapat memberikan komitmen untuk hadir dan samasama membincang­kan perkembang­an terkini masing-masing,” katanya.

Muhd Arshad yang juga pengerusi pertubuhan berkata, mereka memiliki minat yang sama iaitu membabitka­n diri dalam aktiviti kesukarela­wanan.

“Kami sangat berminat membantu mempelbaga­ikan aktiviti untuk golongan muda dan belia di negeri ini dan masing-masing menggunaka­n kemahiran yang ada untuk membentuk satu pertubuhan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum.

“Justeru, masing-masing menimba pengala man sebagai sukarelawa­n terlebih dahulu sebelum menubuhkan

NGO ini,” katanya.

Lebih 20 program yang sudah dilaksanak­an dan pelbagai lagi aktiviti bakal menyusul tidak lama lagi.

“Pada pandangan saya, pertemuan seumpama ini menjadi salah satu cara mudah bagi sesi ‘brainstorm­ing’ sambil mencari idea untuk pelaksanaa­n aktiviti seterusnya.

“Mujurlah ahli lain sama-sama membantu dan menyertai sesi yang dijalankan supaya kami semua dapat berkongsi pandangan cadangan masing-masing,” katanya.

Macam-macam aktiviti disusun

Bagi Rashad, golongan muda perlu aktif membabitka­n diri dalam aktiviti sukarela supaya samasama dapat membantu membangunk­an generasi sebaya untuk menghadapi cabaran masa depan dengan lebih positif.

“Seperti apa yang kita dapat lihat sekarang, banyak cabang yang boleh diceburi dalam aktiviti sukarela menerusi pelbagai NGO yang ada.

“Pelbagai bentuk aktiviti disediakan, antaranya program bantuan barangan keperluan, seminar kepimpinan dan program rumah terbuka.

“Justeru, tiada alasan untuk kita tidak membabitka­n diri dalam aktiviti kesukarela­wanan yang ada di lokasi masingmasi­ng,” katanya. Muhd Badrul: Selain berbincang hal pertubuhan, kami juga luangkan masa untuk aktiviti beriadah bersama. Muhd Arshad: Perjumpaan, perbincang­an di restoran lebih santai berbanding di pejabat. c

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia