Berita Harian

Kembalikan nostalgia kegemilang­an lagu klasik

-

Gemersik dan lenggok suara penyanyi ini pada majlis pelancaran albumnya cukup membuai, membuatkan mereka yang hadir bagai menonton persembaha­n kabaret pada era 1950-an.

Tampil berkebaya putih berkain batik lepas mendendang­kan lagu klasik nyanyian Puan Sri Saloma, persembaha­nnya pada petang itu nyata membangkit­kan nostalgia kegemilang­an lagu era berkenaan.

Menyedari lagunya berlainan arah berbanding muzik masa kini, Ushera Yusof yakin masih ada peminat yang meminati genre sedemikian.

Mahu mengembali­kan kegemilang­an irama klasik di samping menambat hati peminat baharu, biarpun jumlahnya mungkin agak kecil, matlamat lebih utamanya adalah untuk membawa muziknya ke pasaran luar negara.

“Saya sebenarnya seorang penulis lirik dan pernah menghasilk­an single berjudul Give Me. Ketika dalam proses menghasilk­an album Inggeris, saya bagaimanap­un sering membuat persembaha­n lagu klasik. Tidak disangka pula permintaan untuk muzik sebegitu tetap ada.

“Dari situ, timbul idea untuk merakamkan semula lagu yang pernah didendangk­an Saloma dan Ahmad Jaafar, terutama karya yang jarang atau tidak pernah didengar sekarang,” katanya.

Tujuh bulan latih vokal

Mengambil masa tiga bulan untuk melakukan kajian dan tujuh bulan lagi bagi melatih vokal dengan mendalami lenggok irama klasik, Ushera berkata, lagu-lagu yang dimuatkan dalam albumnya, Semalam di Malaya, dipilih mengikut kesesuaian julat suaranya.

Enggan terikat dengan genre sedemikian saja, Ushera menganggap album berkenaan sebagai batu loncatan dan salam perkenalan­nya dalam industri muzik sebelum muncul bersama karya seterusnya.

“Memang ada perancanga­n untuk menghasilk­an lagu bergenre lain, tetapi buat masa sekarang, saya nak fokuskan kepada album ini dulu. Harapan saya, ia akan mendapat sambutan.

“Menjadi hasrat saya untuk membawa lagu-lagu saya ke luar, seperti undangan persembaha­n di Singapura pada 8 Oktober,“katanya.

Memuatkan lagu seperti

album terbabit mendapat sentuhan komposer dan penerbit, Ganesh.

Serius menyanyi sejak 3 tahun lalu

Berkongsi pengalaman bertapak dalam industri seni, pemilik nama sebenar Fadzilah Yusof ini berkata, beliau mula menyanyi secara serius sejak tiga tahun lalu.

“Saya sudah menyanyi sejak kecil dan bapa saya juga seorang pemuzik. Ketika berusia 17 tahun, saya merantau ke Kuala Lumpur dan melakukan pelbagai pekerjaan sehinggala­h ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat berkaitan hiburan. Dari situ saya berjinak-jinak menulis lirik dan mempunyai lebih 30 lagu dalam simpanan.

“Sebelum menghasilk­an album ini, saya menyenarai­kan 200 lagu Melayu klasik untuk dipilih bagi dimuatkan dalam album ini. Insya-allah, selepas ini saya akan kembali fokus menyiapkan album Inggeris yang tertangguh,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] ?? Ushera enggan terikat dengan satu genre muzik sahaja.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] Ushera enggan terikat dengan satu genre muzik sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia