Berita Harian

Angkat muzik 60-an pula

-

SCat Farish ambil menghirup secangkir kopi panas di sebuah kafe di Portobello Market, London, baru-baru ini, sutradara terkenal, Mamat Khalid, sempat berkongsi perancanga­n terbaharun­ya untuk mengangkat irama pop yeh yeh atau muzik daripada era 60-an pula ke layar lebar selepas ini.

Perbualan mengenai dunia perfileman seterusnya bersambung ke Notting Hill, lokasi yang dipaparkan dalam filem lakonan Julia Roberts dan Hugh Grant pada 1999. Topik mengenai sinema tentu saja dirasakan amat bersesuaia­n untuk diperkatak­an apabila sudah menjejakka­n kaki ke kawasan kejiranan yang cukup terkenal itu.

Dalam pertemuan yang tidak dirancang itu, ketika sutradara popular dan penulis bercuti di kota metropolit­an terbabit, Mamat berkata, Rock Bro! yang bakal menemui penonton pada 27 Oktober ini menjadi naskhah terakhir daripadany­a dalam siri filem Rock .Ia bermula dengan Rock pada 2005, diikuti dengan judul kedua, Rock Oo! pada 2013.

“Filem Rock Bro! akan menjadi penutup dan pelengkap kepada trilogi Rock. Jadi selepas mengangkat filem muzik rock era 80-an dan 90-an, saya juga bercita-cita mahu membikin filem berlatarbe­lakangkan fasa muzik zaman 60-an atau pop yeh yeh.

“Muzik pada era itu juga mencetuska­n fenomena dan corak pemikiran tersendiri dalam kalangan penggemar dunia hiburan. Tidak kira sama ada penyanyi solo atau berkumpula­n, masingmasi­ng memeriahka­n industri muzik negara kita.

“Seperti filem Rock yang dihasilkan sebagai trilogi, mungkin muzik zaman 60-an juga perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian. Mana tahu jika ia juga berakhir dengan trilogi seperti Rock?” katanya yang bercuti ke sana bersama keluarga.

Ingin guna penyanyi sebagai pelakon

Menurut Mamat, kisah muzik pada dekad pop yeh yeh yang hendak diangkat ke layar lebar memang takkan berakhir dengan hanya sebuah judul.

“Ibaratnya, memang takkan berakhir kalau hendak diceritaka­n satu persatu dan setiap kehangatan yang berlaku pada zaman pop yeh yeh. Namun, biar saya fokus dulu kepada bahagian yang pertama ini,” kata pengarah yang sangat tebal dengan sisi lawaknya itu.

Bagaimanap­un, perancanga­n beliau bagi menghasilk­an filem berkenaan bukanlah bakal direalisas­ikan dalam masa terdekat. Banyak faktor perlu dipertimba­ngkan sebelum impiannya itu terlaksana.

“Mungkin dalam setahun juga saya perlu mendapatka­n input dan membuat penyelidik­an terhadap era muzik 60-an. Ia memang akan mengambil masa. Saya juga terfikir untuk menggunaka­n khidmat pelakon di kalangan penyanyi kerana mereka memang perlu menyanyi dalam filem terbabit.

“Saya juga cuba menyesuaik­annya dengan apa saja keperluan yang dirasakan perlu supaya ia lebih realistik. Begitupun, saya belum terfikir siapa yang bakal berlakon dalam filem itu,” katanya.

 ??  ?? Opie Zami Mamat Khalid, Pengarah filem
Opie Zami Mamat Khalid, Pengarah filem
 ??  ??
 ??  ?? Mamat Khalid di Portobello Market, London.
Mamat Khalid di Portobello Market, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia