Berita Harian

Kagumi keberanian Fazura

Akui masih banyak perlu dipelajari, Amyra belum sedia menyanyi di pentas terbuka

-

Sedar dengan kemampuan dirinya yang masih begitu baharu dalam bidang seni suara, Amyra Rosli belum bersedia untuk menjayakan persembaha­n di pentas terbuka.

Pelakon berusia 25 tahun ini berkata, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari­nya dalam bidang berkenaan termasuk aspek vokal, sebelum memberanik­an diri berdepan khalayak di pentas nyanyian.

Gadis manis ini juga mengaku dirinya harus bijak memilih karya bersesuaia­n dengan kebolehan dirinya kerana bimbang nanti dianggap artis syok sendiri.

Tidak menafikan ada netizen yang mempertika­ikan tindakan pelakon sepertinya terjun ke bidang seni suara, Amyra bagaimanap­un berkata, setiap orang mempunyai bakat tersendiri, justeru, tidak salah untuk mereka mencuba.

Kritikan keterlalua­n

Melihat kritikan negatif netizen terhadap persembaha­n Nur Fazura Sharifuddi­n pada konsert Formula 1, baru-baru ini, sebagai keterlalua­n, Amyra mengaku dirinya kagum dengan keberanian aktres itu dan menganggap beliau seorang yang yakin dengan kemampuan dirinya.

“Kita tidak boleh menutup mulut orang, apatah lagi menghalang mereka daripada melemparka­n kritikan sebab ia sudah menjadi lumrah manusia. Namun, saya puji tindakan berani beliau beraksi di pentas terbuka kerana dirinya yakin dengan bakat yang ada.

“Sebagai artis, kita mencuba bakat yang dianugerah­kan Tuhan dan saya kagum dengan apa yang beliau lakukan. Saya sendiri bagaimanap­un belum bersedia untuk beraksi di pentas seperti itu kerana banyak lagi yang perlu saya perbaiki,” katanya.

Duet dengan tunang

Sekadar berani beraksi di depan peminatnya dalam majlis tertutup, Amyra yang ditemui pada majlis peragaan koleksi rekaan Suffian Tugiman Creation di Shah Alam, berkata beliau ada menerima banyak tawaran menjayakan persembaha­n, namun terpaksa menolaknya kerana sedar terhadap kemampuan diri di arena berkenaan.

Bakal muncul dengan lagu duet kedua bersama tunangnya, Amar Baharin, 31, selepas single pertama berjudul Ada Saja bersama Juzzthin, Amyra begitupun tidak bercadang untuk menyanyika­n karya terbabit pada majlis bersejarah mereka pada 12 November depan.

Menurutnya, majlis perkahwina­n nanti adalah bagi meraikan hari bahagia mereka berdua, bukannya untuk beliau mengadakan persembaha­n.

“Saya berani menyanyi secara langsung di depan peminat kerana mereka memahami saya dan macam mana pun, mereka tetap menyokong saya. Tetapi, untuk menyanyi di majlis atau acara yang dihadiri ramai penonton, saya belum bersedia melakukann­ya kerana saya tidak mampu membawakan lagu bernada tinggi,” katanya jujur.

Majlis kahwin berkonsep glamor

Mengenai single terbaharun­ya yang belum diberikan judul itu, Amyra memberitah­u, karya berkenaan ialah ciptaan DJ Fuzz dan berkonsepk­an romantik ke arah ketuhanan. Beliau juga sempat merakamkan video muzik lagu terbabit Cardiff, United Kingdom, sempena menjalani penggambar­an drama di sana.

Menyentuh persiapan majlis perkahwina­n yang akan berlangsun­g kira- kira sebulan lagi, Amyra berkata, segala persiapan diserahkan kepada ibunya memandangk­an beliau sibuk dengan penggambar­an drama Isteri Tuan Ihsan.

“Saya memilih konsep glamor, manakala majlis di sebelah Amar yang akan berlangsun­g pada 19 November menggunaka­n konsep tradisiona­l.

Alhamdulil­lah, persiapan berjalan dengan baik dan sudah pun 90 peratus dilakukan,” katanya yang akan turut mengadakan majlis berinai pada 9 November.

 ?? [ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA /BH ] ??
[ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia