Berita Harian

Ulangi kejayaan bapa

-

Biarpun aktres ini dijulang atas kemampuan menghidupk­an watak hingga merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-28, baru-baru ini, Nabila Huda sedar pakej dimiliki tidak melayakkan dirinya menawan pasaran Indonesia.

Mengaku dirinya bukan berwajah Pan Asia yang menjadi prasyarat mencipta nama dalam industri seni di republik itu, Nabila akur dengan ‘selera’ peminat di Indonesia yang cenderung memilih pelakon berwajah kacukan.

“Dulu saya pernah terbabit dalam penggambar­an bersama dua bintang Indonesia iaitu Agus Kuncoro dan Dwi Sansono. Saya beritahu mereka hasrat mahu berlakon di negara itu.

“Bagaimanap­un, saya menolak berlakon sinetron atau drama televisyen

(TV) kerana tempoh masanya panjang. Saya tidak boleh tinggalkan anak terlalu lama.

“Mereka beritahu ada saluran khas di Indonesia yang menyiarkan telefilem dan membuatkan saya teruja mencuba.

Peluang tunjuk bakat

“Namun, saya terpaksa merendah diri kerana tahu saya bukan berwajah Pan Asia yang menjadi kegilaan peminat di republik itu,” katanya kepada

HIP ketika ditemui pada Malam Gala Pratonton filem Munafik di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Dalam filem garapan Syamsul Yusof itu, Nabila memegang watak Maria.

Disebabkan senario itu, anak kepada penyanyi yang cukup dikenali di Indonesia, Amy Search ini menganggap dirinya bukanlah individu yang dicari penerbit di negara berkenaan.

Namun, dalam meninjau potensi mengembang­kan bakat di seberang, Nabila yang mesra disapa Abil, bertuah kerana filem lakonannya, Munafik ditayangka­n di 30 pawagam di Indonesia sejak 5 Oktober lalu.

Ini pastinya membuka peluang kepada Nabila ‘memperdaga­ngkan’ bakat dimiliki kepada peminat filem dan penerbit di Indonesia.

Bagai mengulangi kejayaan bapanya yang pernah menawan hati peminat di republik itu apabila filem lakonannya, Isabella ditayangka­n di Indonesia pada era 1980an, Nabila menganggap dirinya cukup bertuah.

“Sudah tentu ini kejutan buat saya apabila diberitahu Munafik berjaya ditayangka­n di Indonesia. Inilah satu-satunya peluang untuk saya menunjukka­n bakat di luar negara.

“Mungkin Munafik boleh menjadi landasan untuk saya menerima tawaran di Indonesia selepas ini. Malah, daripada reaksi penonton Indonesia yang menyaksika­n lakonan saya di dalam Munafik, ramai yang memuji hingga saya tergamam.

“Tidak tahu saya hendak cakap apa... segan ada, gembira pun ada,” katanya.

Teliti kontrak elak dipermaink­an

Nabila berkongsi perbualan dengan bapanya apabila mendapat tahu filem Munafik ditayangka­n di Indonesia, sama seperti ketika Amy membawa filem Isabella ke pasaran republik itu.

“Apabila mendapat tahu filem lakonan saya dapat ditayangka­n di Indonesia, saya sempat bersembang dengan papa. Dulu filem lakonan papa dalam Isabella digilai penonton di Indonesia. Kini tiba giliran saya pula menunjukka­n bakat lakonan,” katanya.

Nabila berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran dalam karier apatah lagi mengidam trofi atau anugerah.

“Saya menceburi bidang lakonan kerana mahu jujur dengan bakat dan berserah dengan apa saja rezeki yang datang.

“Manisnya, apabila sesuatu yang tidak kita jangka datang secara tiba-tiba ketika kita tidak bersedia, itulah yang dikatakan nikmat,” katanya.

Sehubungan itu, Nabila enggan tergopoh-gapah jika menerima tawaran daripada penerbit di Indonesia.

“Sebagai pelakon, saya perlu meneliti skrip dan kontrak agar tidak dipermaink­an dalam keadaan kita leka dan teruja untuk berlakon di negara orang,” katanya yang sedang sibuk menjalani penggambar­an filem Tombiruo terbitan Astro Shaw.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH BTE SULAIMAN /BH ] ?? Nabila bersama Syamsul Yusof ketika mempromosi­kan filem Munafik baru-baru ini.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH BTE SULAIMAN /BH ] Nabila bersama Syamsul Yusof ketika mempromosi­kan filem Munafik baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia