Berita Harian

GUNA ULAR PROGRAM JATI DIRI

Empat jurulatih, 6 pembantu APM Kuala Kangsar digantung tugas serta-merta

- Oleh Muhamad Izzat Nasuruden

Empat jurulatih dan enam pembantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Kangsar digantung tugas serta-merta sebagai tenaga pengajar program membina jati diri sehingga siasatan kes berkaitan rakaman video penggunaan ular ketika mengadakan program berkenaan membabitka­n murid sekolah, selesai.

Langkah itu diambil oleh pengurusan tertinggi APM selepas rakaman video mengenai penggunaan reptilia ketika latihan kem jati diri di pejabat APM Kuala Kangsar menjadi viral di media sosial sejak Ahad lalu.

Pengarah APM negeri, Kolonel Pertahanan Awam (PA), Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman, berkata pihaknya mendapati ada pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) dilakukan ketika mereka mengendali­kan Program Kem Kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru, Kuala Kangsar, ketika kejadian.

Katanya, hasil maklumat awal yang diperoleh mendapati jurulatih melempar dua ular sawa jenis ‘Blood Python’ ke kolam yang perlu dilalui oleh sekumpulan pelajar perempuan.

Langgar SOP sedia ada

“Pengurusan APM Pusat dan negeri kecewa dengan kejadian ini kerana jurulatih yang berada di tempat kejadian melanggar SOP yang sedia ada.

“Kegagalan untuk mematuhi SOP tidak sepatutnya berlaku dan kita akan menjalanka­n siasatan terhadap kesemua mereka dan memastikan keadilan serta hukuman setimpal diberi mengikut prosedur tatatertib APM,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Noor berkata, program berkenaan sebenarnya sudah memasuki siri ke-32 dan empat tahun dilaksanak­an.

Katanya, 1,622 pelajar sudah mengikuti program membina jati diri di APM Kuala Kangsar namun kejadian menggunaka­n ular berkenaan adalah pertama kali berlaku.

 ??  ??
 ??  ?? Video menunjukka­n penggunaan ular ketika program membina jati diri di pejabat APM Kuala Kangsar.
Video menunjukka­n penggunaan ular ketika program membina jati diri di pejabat APM Kuala Kangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia