Berita Harian

BUDAK JATUH ESKALATOR

Ibu bapa kanak-kanak boleh didakwa cuai mengikut Akta Kanak-kanak: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

- Oleh Zanariah Abd Mutalib, Siti Sofia Md Nasir dan Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my

Insiden seorang kanak-kanak berusia tiga tahun parah selepas jatuh dari eskalator di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang, Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada kecuaian.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, yang kesal dengan kejadian itu, berkata pelbagai peringatan diberikan selepas beberapa kes sebelum ini termasuk yang meragut nyawa kanakkanak, tetapi ia masih berlaku.

Sehubungan itu, katanya, ibu bapa yang didapati cuai boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001, malah hukuman lebih berat selepas Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 dikuatkuas­akan tahun depan.

“Kita bukan mahu menghukum tetapi ini langkah pencegahan. Kita pernah ambil tindakan terhadap ibu bapa yang cuai tetapi kebanyakan­nya kerana meninggalk­an anak dalam kereta. Bagi kes ini, kita akan tunggu laporan siasatan daripada polis,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita (MPPW) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu, Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim, retak tempurung kepala dan mengalami pendarahan dalam kepala selepas terjatuh dari eskalator di kompleks beli belah itu.

Kejadian berlaku selepas bapa Nur Akilah yang meletakkan anaknya di bahunya, menundukka­n kepala untuk membantu seorang lagi anaknya yang tersepit jari di getah pemegang eskalator, menyebabka­n mangsa terjatuh kira-kira tiga meter dari tingkat satu ke aras bawah.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, papan tanda amaran sudah diletakkan pada eskalator dan dalam media juga selalu dipaparkan, tetapi ia masih terjadi kes sebegini.

“Ini adalah kecuaian... siapa lagi yang perlu dipersalah­kan?” katanya.

Masih berada di PICU HPP Georgetown,

Di Pengarah Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Norsidah Ismail, berkata kanakkanak itu yang menjalani imbasan tomografi berkompute­r (CT Scan), semalam, masih ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP.

“Kecederaan mangsa adalah kritikal namun dia dalam keadaan stabil. Kita akan sentiasa memantau perkembang­an mangsa dari semasa ke semasa. Kita jangkakan pesakit memerlukan masa agak lama untuk sembuh sepenuhnya,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.

 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia