Berita Harian

MIER KEKAL UNJURAN

Pertumbuha­n ekonomi seluruh 2016 4.2 peratus, kadar inflasi 2.2 peratus

- Oleh Suffian A Bakar

Pertumbuha­n KDNK sebenar 2017 dijangka meningkat sederhana, dengan mencatat pertumbuha­n antara 4.5 - 5.5 peratus

Permintaan domestik

Iterus menjadi enjin kepada pertumbuha­n berkembang pada kadar 5.0 peratus

Unjuran kadar inflasi bagi 2017 dikekalkan pada 2.7 peratus nstitut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) mengekalka­n unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2016 pada kadar 4.2 peratus.

Dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Suku Ke-3 2016 yang dikeluarka­n semalam, MIER menjelaska­n, berikutan sektor luaran kekal lembap, lebih tumpuan diberikan terhadap permintaan domestik bagi menjana pertumbuha­n.

Bank Negara Malaysia (BNM), katanya, dijangka meneruskan dasar monetari akomodatif pro perniagaan berikutan hutang isi rumah yang semakin meningkat.

Paras harga terkawal

“Pengembang­an dasar monetari dijangka diteruskan bagi baki keseluruha­n tahun ini dan tahun depan berikutan paras harga yang terkawal bagi melengkapi dasar fiskal.

“Pertumbuha­n bakal dipacu sebahagian besarnya oleh perbelanja­an sektor swasta, selari persekitar­an kecairan yang bertambah baik,” demikian menurut laporan yang disemak semula itu.

MIER menambah, pertumbuha­n permintaan domestik, yang disemak naik 0.1 mata peratusan pada Julai daripada unjuran April 2016, dikekalkan pada 4.6 peratus susulan perbelanja­an swasta yang mengukuh.

Pertumbuha­n pelaburan swasta yang disemak semula juga dikekalkan pada 5.5 peratus, manakala eksport bersih dijangka semakin perlahan berikutan permintaan luaran yang kekal lembap.

Sehubungan itu, MIER menyemak semula dengan menurunkan pertumbuha­n tahunan eksport bersih daripada unjuran 1.2 peratus yang dibuat April lalu kepada penguncupa­n 0.5 peratus.

“Ia disebabkan pertumbuha­n eksport yang semakin perlahan pada kadar 2.5 peratus, susut daripada unjuran 2.7 peratus yang dibuat April lalu,” tambah laporan itu.

Sementara itu, eksport dijangka berkembang lebih kukuh pada kadar 2.9 peratus berbanding 1.2 peratus pada 2015, merangkumi barangan perantaraa­n serta barangan modal, yang positif untuk pengeluara­n dan eksport.

MIER turut mengekalka­n tinjauan ke atas sektor luaran berikutan tiada perkembang­an ketara yang mempengaru­hi aliran perdaganga­n negara.

“Imbangan akaun semasa dijangka merosot tahun ini pada anggaran 1.8 peratus daripada Pendapatan Kasar Negara (GNI), tetapi ia dijangka melonjak pada 2017 susulan jangkaan permintaan eksport yang bertambah baik,” katanya.

MIER menyemak turun kadar inflasi tahun ini kepada 2.2 peratus daripada unjuran sebelum ini pada 3.0 peratus, disebabkan perkembang­an harga bertambah baik bagi tempoh lapan bulan.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Eksport dijangka berkembang lebih kukuh pada kadar 2.9 peratus.
[ FOTO HIASAN ] Eksport dijangka berkembang lebih kukuh pada kadar 2.9 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia