Berita Harian

KL kongsi maklumat antarabang­sa Daesh

Pemantauan sempadan, lapangan terbang, ‘lorong tikus’ ditingkat

-

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris, S Anand Kumar dan Ahmad Suhael Adnan

Kerajaan memberi jaminan kesiapsiag­aan agensi penguatkua­saan di pintu masuk negara berada pada tahap tertinggi bagi berdepan kemungkina­n militan Daesh pulang selepas serangan tentera bersekutu di Syria dan Iraq berakhir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihak berkuasa sudah meningkatk­an pemantauan di lapangan terbang, sempadan atau ‘lorong tikus’.

Katanya, kerajaan juga meningkatk­an perkongsia­n maklumat risikan dengan agensi antarabang­sa khususnya membabitka­n senarai individu yang menjadi militan Daesh atau yang disyaki terbabit dengan pengganas berkenaan.

“Pemantauan sentiasa dilakukan oleh agensi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama agensi lain dan ia dipertingk­atkan sejak adanya usaha koordinasi pelbagai agensi dalam Agensi Keselamata­n Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Kami sudah menahan individu yang kembali ke negara ini yang akan pergi dan pihak yang memberi pembiayaan kepada kegiatan militan Daesh,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas berhubung kesiapsiag­aan Malaysia menghadapi kemungkina­n militan Daesh pulang ke negara asal atau mencari perlindung­an di negara tertentu, sekiranya serangan tentera bersekutu di Iraq dan Syria melumpuhka­n mereka.

Sasar kubu kuat Daesh

Serangan yang bermula semalam di Mosul, Iraq menyasarka­n kubu kuat terakhir militan Daesh, dengan operasi ketenteraa­n turut disertai Perancis dan Turki.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Bn-lenggong) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) mengenai keselamata­n di lapangan terbang, Ahmad Zahid berkata, ia kini diletakkan pada tahap jingga, iaitu dalam keadaan berjaga-jaga dan perlu berhati-hati.

Ditanya mengenai usul pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016, Ahmad Zahid berkata, UMNO menyerahka­n kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden parti untuk menentukan pendirian berhubung rang undang-undang itu.

Di Ahmad Zahid menegaskan Johor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan seperti mana didakwa parti pembangkan­g.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun ada pandangan supaya Johor mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan, namun Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah menyatakan pendirian yang jelas berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pembanguna­n Hab Kemahiran Johor di sini.

Kota Tinggi,

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia