Berita Harian

‘Sekularisa­si tak mampu penuhi kehendak rohani’

-

Ipoh: Islam bakal mempengaru­hi kehidupan manusia dengan menyediaka­n kompas atau asas moral yang didapati semakin hilang dalam dunia hari ini, kata pengasas dan Canselor Islamic Online University, Dr Bilal Philips.

Beliau berkata, nilai moral yang dianuti sebahagian besar tamadun dunia secara beransur-ansur hilang selepas sekularisa­si menguasai pemikiran sebahagian besar cendekiawa­n dan tokoh pemikir antarabang­sa.

Katanya, apabila manusia mula menyedari mereka semakin hilang pedoman dalam mengejar kemajuan dan kekayaan akibat sekularisa­si serta tercari-cari panduan untuk memenuhi kehendak rohani, mereka akan mendapati Islam sebagai ‘penyelamat’.

Kuasai pemikiran dan rohani

“Dengan panduan diberikan oleh Allah, Islam akan kembali menguasai pemikiran dan rohani sebahagian besar manusia,” katanya ketika menjadi ahli panel pada Sesi Unggul WCIT2016 di sini, semalam.

Tiga lagi ahli panel ialah pengasas dan Pengarah Institut Madina, Amerika Syarikat, Shaykh Dr Muhammad Yahya al-ninowy dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabang­sa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) Malaysia, Prof Dr Mohammad Hashim Kamali.

Bilal atau nama penuhnya, Abu Ameenah Bilal Philips yang memeluk Islam pada 1972, juga berkata tindakan pihak berkepenti­ngan yang memberikan gambaran salah mengenai Islam kepada masyarakat antarabang­sa sebenarnya secara tidak langsung memberi kekuatan kepada umat Islam.

Katanya, jika sebelum ini terutama sekitar 1970an dan 1980an media Barat boleh memberi pelbagai gambaran buruk mengenai Islam tanpa dikawal tetapi teknologi internet pada hari ini membolehka­n umat Islam memberi penerangan sebenar mengenai agama itu.

“Sebenarnya, setiap kali cabaran baharu dilalui oleh umat Islam, kita mendapati agama Islam menjadi semakin kuat.

“Sebagai contoh, pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik dihalang memberi ceramah di negaranya sendiri dan banyak negara lain, sehingga memaksa beliau mewujudkan Peace TV yang ditonton 124 juta orang sekali gus menyebarka­n dakwah Islamiah ke seluruh dunia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia