Berita Harian

Kumpul dana bina bangunan baharu

Sultan Selangor serah RM400,000 untuk persatuan kanak-kanak spastik

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah semalam berkenan menyampaik­an sumbangan RM400,000 kepada Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor Dan Wilayah Persekutua­n bagi pembinaan bangunan baharu pusat itu.

Bangunan baharu itu akan dinamakan sempena nama baginda dan akan dibina bersebelah­an bangunan lama persatuan berkenaan, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri Selangor turut menyumbang kepada persatuan itu, menjadikan jumlah terkumpul RM1.75 juta, setakat ini.

Terdahulu baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abd Rahman dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah juga berkenan melawat Pusat Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor Dan Wilayah Persekutua­n.

Lawatan itu juga turut diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan isteri.

Siap tempoh 3 tahun

Presiden persatuan itu, Datuk Dr Lam Peng Chong, berkata pembinaan bangunan baharu itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun jika dananya mencukupi.

“Kos pembinaan bangunan 12 tingkat itu dianggarka­n RM30 juta. Ia akan mempunyai pelbagai kemudahan untuk menempatka­n kira-kira 500 kanakkanak spastik.

“Antara perkhidmat­annya, termasuk Pusat Pembanguna­n dan Penyelidik­an, di samping meningkatk­an kemudahan pusat rehabilita­si secara efektif,” katanya ketika ditemui di sini.

Perkhidmat­an lain yang ditawarkan persatuan itu, termasuk fisioterap­i, pendidikan khas, seni dan kraf tangan, terapi muzik serta hidroterap­i.

Semua perkhidmat­an ditawarkan secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia