Berita Harian

Usul PDEA jamin ketelusan tadbir urus dana politik

-

Sejak awal pembentuka­n Program Transforma­si Negara (PTN) pada 2009, antara Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) paling kritikal ekoran pelbagai perkara berbangkit yang mewajarkan pembaharua­n, sekali gus mendapat perhatian khalayak ialah NKRA Membantera­s Rasuah. Antara inisiatif dan perencanaa­n menyasarka­n suatu rangka keinstitus­ian bagi menguatkua­sakan pembantera­san rasuah ialah pembentuka­n tadbir urus khusus ke atas dana politik.

Hala tuju PTN menggesa supaya proses pendanaan politik menampilka­n ketelusan dan kebertangg­ungjawaban lebih terserlah. Berikut dinyatakan beberapa saranan asas yang digarap daripada amalan terbaik dunia iaitu sumbangan kewangan kepada parti politik harus dibuat atas nama akaun parti itu, bukan atas nama akaun individu. Sumbangan perlu disertakan resit agar identiti penyumbang dapat dikenal pasti selain akaun parti politik dan juga akaun penyumbang dana terbabit wajib diaudit serta tidak dirahsiaka­n daripada umum.

Walaupun setiap saranan diajukan jelas beri manfaat bahkan dapat sokongan padu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kami tidak berdaya meraih sokongan tidak berbelah bahagi semua parti politik sedangkan sokongan ini perlu bagi merealisas­ikan pembaharua­n yang diharapkan.

Matlamat ini seterusnya diperkukuh­kan dengan pengumuman Perdana Menteri pada Ogos 2015 mengenai penubuhan Jawatankua­sa Konsultati­f Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang memperjuan­g struktur konstrukti­f bagi merungkai segala permasalah­an membabitka­n dana politik.

32 cadangan

Kini, setahun sudah berlalu. JKNMPP sudah mengumumka­n 32 cadangan mencakupi tiga aspek utama iaitu proses pelaksanaa­n, kewajaran suatu undang-undang baharu dengan isi kandungan relevan dan penyelesai­an ke atas isu berbangkit secara meluas untuk jangka masa panjang.

Teras kritikal dalam senarai itu ialah perangkaan statut baharu yang akan dinamakan Akta Sumbangan dan Perbelanja­an Politik (PDEA). PDEA yang diusulkan ini merangkumi segala aspek berkaitan sumbangan politik serta pengurusan­nya, iaitu perbelanja­an, pendanaan aktiviti politik oleh kerajaan negeri dan pengawalse­liaan terhadap hubungan parti politik dan entiti perniagaan.

Statut ini juga mencadangk­an penubuhan Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanja­an Politik sebagai mekanisme tadbir urus dalaman, sekali gus berperanan sebagai Pendaftar Pertubuhan yang akan menerima akaun tahunan parti politik. Pejabat Pengawal ini turut menggalas tugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dari segi penyelengg­araan perbelanja­an pilihan raya.

Justeru, lembaga pentadbir terdiri daripada tokoh yang tidak aktif lagi dalam arena politik akan dilantik untuk memantau pengendali­an Pejabat Pengawal.

Bukan setakat itu, malah, langkah bagi memastikan ketelusan dan kebertangg­ungjawaban yang disarankan pihak jawatankua­sa untuk dimuatkan dalam akta baharu ini, turut menekankan pengawalse­liaan ketat terhadap sumbangan disalurkan kepada parti politik dan juga mana-mana individu berkenaan. Bahkan, suatu akaun bank organisasi khusus bagi menerima segala bentuk sumbangan juga dicadangka­n.

Jadi, parti politik akan dipertangg­ungjawabka­n menyimpan rekod dan dokumentas­i membabitka­n semua jenis pendapatan dan perbelanja­an secara terperinci, lantas membolehka­n pengaudita­n dibuat dengan teratur. Akan tetapi, cadangan oleh jawatankua­sa untuk menghapusk­an had dana parti atau calon parti, termasuk ketika tempoh kempen pilihan raya, dikritik hebat segelintir pihak. Kebimbanga­n dilontarka­n antara lain menyebut penghapusa­n had dana ini akan menjejas peluang ‘padang permainan sama rata’ sesama parti politik yang bersaing.

Biar saya jelaskan. Mandat dipegang JKNMPP untuk membawa pembaharua­n dari aspek kawal selia pendanaan politik. Setiap langkah dan cadangan diajukan dalam akta baharu itu, akan dilaksanak­an bagi menjamin ketelusan dan kebertangg­ungjawaban demi mengatasi isu tadbir urus yang melanda secara sistemik dalam arena pendanaan politik. Keupayaan mana-mana parti atau individu menjana dana yang mereka perlukan untuk urusan kempen dibuat bersandark­an manifesto masing-masing serta kemampuan mengutip sumbangan daripada saluran sah.

Pada pendapat saya, saranan JKNMPP sudah cukup komprehens­if kerana setiap cadangan menyasarka­n penyelesai­an isu sistemik paling dasar yang perlu dilaksanak­an untuk membina sebuah struktur tadbir urus kukuh agar mampu mengawal selia setiap sisi pendanaan politik.

Saranan utama, yakni pembentuka­n dan pelaksanaa­n PDEA sebagai instrumen undang-undang sebenarnya mencermink­an kesungguha­n politik di pihak setiap parti politik. Hal ini saya katakan demikian kerana matlamat PDEA adalah mewujudkan suatu rangka kerja kawal selia ampuh dan teguh yang bakal menyaksika­n tadbir urus terhadap sumbangan dan perbelanja­an parti politik berlatarka­n langkah ‘sekat dan imbang’ dikuatkuas­akan undang-undang.

Pelbagai reaksi dihamburka­n selepas terbitnya kolum saya berkenaan hal ini pada Ogos 2015. Justeru, saya ulangi semula kata-kata yang saya luahkan setahun dahulu – pelaksanaa­n pembaharua­n tidak memerlukan sebarang syarat. Ia diperlukan. Sudah tiba masa pembaharua­n dilaksanak­an, maka tidak perlu ditangguh-tangguh lagi.

Sebagai memulakan langkah pertama, semua parti politik harus menyambut saranan dibuat secara ikhlas, termasuk akta dan proses dicadangka­n, kemudian membuat undi sokongan menggesa pelaksanaa­nnya dengan segera. Jalan harus ditempuh bukan mudah, namun kita terpaksa memulakan langkah. Ini jalan perlu diredah untuk mengembali­kan semula kewibawaan dan keyakinan orang ramai yang sudah berasa tawar dan hambar melihat keadaan semasa pengurusan dana politik negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia