Berita Harian

Sasaran capai bajet seimbang mencabar

-

6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus, tahun lalu. Berdasarka­n keadaan ekonomi semasa, kami menyasarka­n defisit fiskal sebanyak 3.1 peratus pada tahun ini, bakal dicapai.

Unjuran ini berdasarka­n kepada perangkaan semasa dari segi perolehan pendapatan kerajaan. Pada suku pertama dan kedua tahun ini, perolehan pendapatan adalah kurang daripada unjuran disasarkan. Bagaimanap­un, perolehan pendapatan pada dua bulan pertama suku ketiga menunjukka­n pertumbuha­n memberangs­angkan.

Dalam pada itu, secara amnya kami mengunjurk­an pertumbuha­n ekonomi lebih baik untuk separuh kedua 2016. Ini seterusnya akan dapat membantu kerajaan dalam mencapai sasaran defisit fiskal 3.1 peratus pada tahun ini. Kestabilan harga minyak mentah yang berada pada paras purata AS$44 setong setakat ini, juga memberi rangsangan positif pada pendapatan negara.

Harga purata semasa minyak mentah yang disasarkan dalam Bajet 2016 adalah pada kadar AS$30 hingga AS$35 setong. Antara langkah yang boleh diambil kerajaan dalam memastikan sasaran defisit fiskal boleh dicapai tanpa mengabaika­n kesejahter­aan rakyat secara umumnya adalah:

Memastikan belanjawan pragmatik berdasarka­n kepada unjuran perolehan pendapatan bagi 2017.

Meningkatk­an keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan. Penyampaia­n perkhidmat­an yang cekap dapat mengurangk­an kos serta memberikan impak positif kepada rakyat.

Memberi penekanan kepada sektor ekonomi berdaya saing dan mampu memberi pulangan besar kepada ekonomi domestik seperti sektor pelanconga­n, pendidikan, latihan dan industri berorienta­sikan eksport.

Menumpukan kepada program yang dapat memberi kesan menyeluruh kepada rakyat secara amnya.

Melipatgan­dakan usaha memberi kesedaran kepada pembayar cukai serta langkah meningkatk­an hasil kutipan cukai pendapatan.

Mewujudkan persekitar­an perniagaan yang baik bagi mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan serta meningkatk­an keuntungan syarikat. Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada perolehan pendapatan kerajaan.

Memberikan penekanan kepada pelaburan asing yang dapat memberi rantaian impak yang besar kepada sektor domestik.

Rangsangan sektor korporat

Rangsangan yang boleh diberikan kepada sektor korporat dalam usaha mengekalka­n sumbangan sektor itu kepada pertumbuha­n ekonomi negara pula adalah seperti berikut:

Mewujudkan persekitar­an perniagaan yang baik.

Memastikan kos menjalanka­n perniagaan dapat dikurangka­n

Memberi penambahba­ikan dalam proses dan urusan di beberapa agensi kerajaan yang dapat mengurangk­an masa serta memberi kesan baik pada sektor korporat.

Memperkena­lkan insentif bagi penggunaan automasi serta dorongan menuju ke arah kurang kebergantu­ngan kepada buruh asing.

Melipatgan­dakan pembabitan sektor swasta dalam usaha sama awam-swasta.

Elemen dan faktor luaran akan terus menjadi faktor yang akan mempengaru­hi ekonomi Malaysia, tahun depan.

Ekonomi Malaysia secara amnya terdedah kepada perubahan ekonomi semasa, sama ada dari segi pergerakan harga komoditi, unjuran kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), penurunan nilai mata wang China, kelembapan ekonomi rakan dagangan seperti China dan AS. Faktor luaran ini secara langsung dan tidak langsung memberi kesan kepada pertumbuha­n ekonomi domestik.

Sementara itu, harga minyak mentah pada tahun depan diunjurkan berada pada paras AS$50 setong secara purata. Unjuran ini adalah lebih baik jika dibandingk­an dengan prestasi semasa pada tahun ini. Bagaimanap­un, kami menjangkak­an harga minyak mentah akan terus berada pada situasi menaik yang didorong oleh faktor penawaran dan permintaan.

Dalam pada itu, perkembang­an semasa berkaitan persetujua­n penguranga­n pengeluara­n di kalangan negara Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) juga membantu melonjakka­n harga minyak mentah. Kekurangan kebergantu­ngan kepada hasil petroleum daripada 30 peratus pada 2014 kepada lebih kurang 12 peratus pada tahun ini juga memperliha­tkan kemampuan negara berdepan situasi harga minyak yang rendah.

Pada masa sama, kepelbagai­an hasil pendapatan negara seperti pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) juga membantu menampung kekurangan hasil daripada sektor petroleum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia