Berita Harian

Syor beku perkhidmat­an kereta sapu berasas aplikasi

Patut ikut akta LPKP, APAD jika perkhidmat­an diteruskan

-

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Nadia Hamid dan Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Kerajaan perlu membekukan perkhidmat­an kereta sapu berasaskan aplikasi seperti Uber dan Grabcar sehingga pindaan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 (APAD) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n 1987 (LPKP) dilaksanak­an.

Cadangan itu dikemukaka­n Pengerusi Persatuan Transforma­si Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain yang pada masa sama mahu kerajaan mengenakan prosedur dan undang-undang yang sama kepada perkhidmat­an berkenaan.

Persaingan sihat

Ia bagi membolehka­n pemandu teksi tempatan bersaing secara sihat dengan perkhidmat­an berkenaan selain pada masa ini pengusaha kereta sapu tidak dipantau Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD) jika melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang, katanya.

Katanya, tindakan berkenaan tidak adil kepada pemandu teksi yang dibebankan bayaran permit harian, kos membaiki kerosakan kereta, minyak serta perbelanja­an harian.

“Sekiranya perkara ini berterusan, tidak mustahil segelintir daripada 10,000 pemandu teksi di Lembah Klang, yang terpaksa memulangka­n semula kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit sejak awal tahun lalu menjadi pemandu Uber dan Grabcar,” katanya kepada BH.

Semalam Halaman Kota melaporkan kegagalan kerajaan menyelesai­kan isu Uber dan Grabcar menyebabka­n 10,000 daripada 38,000 pemandu teksi di Lembah Klang terpaksa memulangka­n semula kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit sejak awal tahun lalu.

Operasi perkhidmat­an berasaskan aplikasi bukan saja meninggalk­an beban yang semakin sukar ditanggung pemandu teksi, malah bakal mengakibat­kan perkhidmat­an teksi konvension­al di Lembah Klang berkubur.

Subsidi kos beli kenderaan baharu

Mengulas lanjut cadangan kerajaan memberi geran RM5,000 sebagai subsidi kos membeli kenderaan baharu sekiranya keluar dari sistem sewa pajak, Kamarudin menyifatka­nnya sebagai tidak relevan.

Katanya, pemandu teksi berdaftar dengan syarikat pemilik permit sudah menanggung kos pembelian kenderaan yang tinggi selain membayar kos sewa permit harian.

“Sekiranya pemandu teksi membeli kenderaan individu, mereka boleh berjimat sekitar 60 peratus berbanding membeli kenderaan baharu dengan syarikat.

“Persoalann­ya, pemilikan lesen individu perlu diperbahar­ui setiap 10 tahun menyebabka­n pemandu teksi terpaksa memohon semula dan menanggung kos berkaitan,” katanya.

Kamarudin menjelaska­n, pelbagai kaedah dilaksanak­an untuk membantu meningkatk­an taraf hidup pemandu teksi ketika ini, termasuk menggunaka­n sistem e-hailing, bagaimanap­un ia gagal.

Katanya, pendapatan pemandu teksi tidak menentu termasuk ada antaranya gagal memperoleh sebarang pendapatan dalam sehari.

“Situasi ini ibarat telur di hujung tanduk kerana pengguna mengingink­an perkhidmat­an murah tanpa mengambil kira faktor keselamata­n dan keselesaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia