Berita Harian

Masih banyak kawasan tiada operasi Uber, Grab

-

Saya berasa banyak antara mereka yang menggunaka­n pengangkut­an awam di Lembah Klang mempunyai pelbagai perasaan terhadap kemelut industri teksi semasa. Ada yang kasihan, ada juga mengalu-alukan alternatif yang ada.

Hubungan ekonomi antara permintaan dan penawaran sekali lagi terbukti benar untuk senario teksi di ibu kota. Permintaan teksi bandar lazimnya berbentuk jarak sederhana dalam bandar dan jarak dekat dari stesen pengangkut­an ke rumah atau dari rumah. Permintaan ini sentiasa wujud kerana perkhidmat­an bas perantara jarang dapat memenuhi permintaan ini secara memuaskan.

Sebelum ‘serangan’ Uber di negara kita, terdapat lompong antara permintaan dan penawaran, kerana sama ada perkhidmat­an tidak wujud, ataupun perkhidmat­an ditawarkan tidak memenuhi citarasa penumpang.

Pada ketika itu, sering kali kita mendengar rungutan orang ramai mahupun pelancong mengenai perkhidmat­an teksi di ibu kota, sehinggaka­n ada mengatakan teksi di Kuala Lumpur antara terburuk di dunia.

Semua kita masih ingat, bagaimana Myteksi dan beberapa sistem ‘e-hailing’ lain memberi nafas baharu kepada industri teksi di ibu kota.

Pastinya lompong atau jurang antara permintaan dan penawaran berjaya dirapatkan ketika itu. Semua suka dan puji - pemandu teksi, pengguna, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Apabila Uber masuk ke sempadan negara, senario ini berubah. Myteksi yang dahulunya kawan pemandu teksi juga tercabar kerana Uber membawa model perniagaan berbeza yang mencabar model perniagaan Myteksi.

Selepas penjenamaa­n baharu, Myteksi yang kini dikenali

Grab mengguna adunan sendiri dengan menggabung­kan model Uber dan model lama Myteksi.

Hasilnya, berlaku persaingan antara Uber dan Grab. Maka bermulalah episod hitam industri teksi negara.

Pelan Transforma­si Teksi

SPAD memperkena­lkan Pelan Transforma­si Teksi bertujuan mengubah industri teksi supaya berdaya saing dan supaya persaingan adil wujud dan pada masa sama memberi perkhidmat­an memuaskan.

Sebelum pelan ini dapat dilakukan, pemandu teksi tetap memerlukan pendapatan untuk menyara keluarga dan amat sedih apabila kita menyaksika­n teksi dipulangka­n kerana membawa teksi sudah tidak ada masa hadapan.

Bagaimana sekiranya industri teksi mencari lompong yang ada dan mengisinya. Pasti ada lubuk boleh dijadikan sumber rezeki. Kita ada 11 stesen Monorail, 53 stesen Komuter dan 73 stesen Sistem Transit Aliran Ringan di Lembah Klang.

Kita ada banyak lagi kawasan yang yang tidak diliputi Uber dan Grab, mungkin jauh sikit tapi boleh dijadikan stesen untuk beroperasi kerana masih lagi tidak mempunyai perkhidmat­an perantara. Adakah pemandu teksi sudah cuba?

Kenapa tidak Grab dan pemandu teksi mencari model mengalahka­n Uber yang milik pihak luar. Saya yakin kita boleh capai suatu jalan untuk menang menang kepada semua pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia