Berita Harian

Penerbitan Berita Sawit diteruskan tahun ke-16

Sisipan BH turut disediakan dalam bentuk digital

- Oleh Nadia Hamid

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meneruskan kerjasama dengan akhbar BH bagi menerbitka­n sisipan Berita Sawit buat tahun ke-16.

Majlis menandatan­gani Kontrak Penerbitan Berita Sawit 2016/2017 disempurna­kan di Balai Berita, di sini semalam. MPOB diwakili Ketua Pengarahny­a, Dr Ahmad Kushairi Din dan BH oleh Pengarang Kumpulanny­a, Datuk Mahfar Ali.

Yang turut hadir, Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhish­am Othman serta Pengarang Bersekutu Berita dan Integrasi Media BH, M Thilinadan.

Dalam ucapannya, Ahmad berkata, MPOB bersetuju melanjutka­n penerbitan Berita Sawit pada Sabtu pertama setiap bulan selepas kontrak sedia ada tamat pada 31 Julai lalu bagi meneruskan kerjasama yang bermula pada 4 Ogos 2001 itu.

Salur maklumat industri sawit

“MPOB percaya sisipan ini wadah penting bagi menyalur maklumat perkembang­an industri sawit kepada masyarakat. Berita Sawit terbukti menjadi saluran utama maklumat mengenai sawit, selain aktiviti oleh Kementeria­n Perusahaan Peladangan dan Komoditi serta agensi pelaksana di bawahnya,” katanya.

Sementara itu, Badrulhish­am berkata, dengan jumlah pembaca melebihi 1.5 juta orang sehari, BH yang akan menyambut ulang tahun ke-60 pada tahun depan, masih menjadi bahan bacaan utama rakyat kerana menepati cita rasa dan kehendak masyarakat pada semua peringkat.

“BH juga boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar, langganan e-paper, lawan web www.bharian.com.my, facebook dan twitter, menjadikan maklumat terkini dari kami hanya di hujung jari anda. Berita Sawit bukan sahaja boleh didapati dalam akhbar, malah tersedia dalam bentuk digital dan sedia dibaca di mana sahaja.

“Kami percaya segala bentuk kajian saintifik dan penemuan terkini MPOB serta faedahnya kepada pengguna, dapat dikongsi bersama semua rakyat Malaysia, sekali gus dapat mengetenga­hkan produk tempatan dan memartabat­kan usaha gigih MPOB,” katanya.

 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ?? Mahfar (dua dari kiri) bersama Dr Ahmad Kushairi (dua dari kanan) menunjukka­n dokumen selepas menandatan­gani Kontrak Penerbitan Berita Sawit 2016/2017. Turut serta Abdul Jalil (kiri) dan Ahmad di Balai Berita, Bangsar, semalam.
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] Mahfar (dua dari kiri) bersama Dr Ahmad Kushairi (dua dari kanan) menunjukka­n dokumen selepas menandatan­gani Kontrak Penerbitan Berita Sawit 2016/2017. Turut serta Abdul Jalil (kiri) dan Ahmad di Balai Berita, Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia