Berita Harian

Zahid menteri pertama jawab soalan sesi MQT

Ahli Parlimen diberi peluang kemuka soalan setiap Selasa, Khamis

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Sidang Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali pertama sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dilaksanak­an yang memberi peluang kepada Ahli Parlimen mengemukak­an soalan kepada menteri.

Sesi selama 30 minit itu diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermulanya sesi pertanyaan jawab lisan yang bermula pada jam 10 pagi hingga 10.30 pagi.

Menerusi sesi itu, Ahli Parlimen diperuntuk­kan masa seminit untuk mengemukak­an pertanyaan, manakala menteri menjawab dalam masa tiga minit. Soalan tambahan turut dibenarkan diajukan.

Pada sesi pertama semalam, tiga soalan dikemukaka­n Ahli Parlimen dimulakan oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Bn-lenggong) berhubung isu keselamata­n sempadan negara dan penceroboh­an perairan Sabah, manakala Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (Bn-kuala Selangor) bertanya mengenai proses persempada­nan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Nurul Izzah Anwar (Pkrlembah Pantai) dari pihak pembangkan­g bertanya mengenai berapa jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengikut negeri dan perancanga­n kerajaan meningkatk­an kemahiran pekerjaan.

Tahap jingga

Soalan pertama dijawab Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, ia kini diletakkan pada tahap jingga, iaitu dalam keadaan berjagajag­a dan perlu berhati-hati.

“Kerjasama antara agensi dalam Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga membantu untuk menghadapi ancaman ini,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata, KDN sedang melakukan risikan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap manamana individu yang membocorka­n maklumat kepada pihak tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebabka­n penceroboh­an di perairan Sabah ketika menjawab soalan tambahan M Kulasegara­n (DAP-IPOH Barat).

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said ketika menjawab soalan Irmohizam berkata, berkata urusan kajian semula persempada­nan itu adalah berdasarka­n bidang kuasa SPR mengikut Perkara 113, Perlembaga­an dan Jadual Ke-13, Perlembaga­an.

“Berdasarka­n peruntukan ditetapkan Perlembaga­an Persekutua­n, prinsip persempada­nan adalah termasuk mengadakan kemudahan bagi pemilih keluar mengundi ketika pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri,” katanya.

Beliau berkata, SPR perlu diberi masa dan ruang untuk meneliti segala cadangan dan bantahan dikemukaka­n parti atau individu serta pertubuhan sebelum membuat keputusan muktamad.

Soalan Nurul Izzah dijawab oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, yang memberitah­u Selangor menjadi negeri tertinggi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama tiga tahun sejak tahun 2014 hingga tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia