Berita Harian

‘Setiap 10 ada permit, 7 lagi tak sah’

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 41 peratus daripada pekerja asing di negara ini adalah tanpa dokumen atau tanpa izin.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem (Bn-serian) berkata bagi setiap 10 pekerja asing yang sah, terdapat tujuh lagi yang menyalahi undang-undang.

Beliau dipetik oleh NST sebagai berkata, ketika ini 1.9 juta pekerja warga asing yang mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini.

“Saya tegaskan pendirian kerajaan keutamaan akan diberikan kepada anak tempatan.

“Tetapi apa yang terjadi, walaupun kita tidak mengiktira­f statistik kita anggarkan setiap 10 pekerja asing yang didokumenk­an ada tujuh pekerja lagi tidak mempunyai dokumen atau pendatang tanpa izin,” katanya menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan Tantawi (Pas-temerloh) di Dewan Rakyat, semalam.

Nasruddin bertanya mengenai langkah diambil kerajaan untuk menghentik­an kemasukan pekerja asing tanpa izin ke negara ini.

Riot berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Katanya, kerajaan juga melaksanak­an pelbagai program latihan untuk meningkatk­an bilangan pekerja Malaysia berkemahir­an tinggi dan sasarannya ialah mencapai 35 peratus pekerja mahir menjelang 2035.

“Kerajaan tidak mahu pekerja asing mengambil alih kerja yang boleh diisi orang tempatan,” katanya.

Pengambila­n pekerja asing hanya terbuka untuk lima sektor yang kurang menarik perhatian pekerja tempatan, iaitu pembinaan, pertanian, perhutanan, pengeluara­n dan perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia