Berita Harian

Hasil karyawan 30 negara dipamer

60 galeri, organisasi antarabang­sa sertai pameran dari 20 hingga 23 Oktober

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Sebanyak 60 galeri seni dan organisasi dari 30 negara akan menyertai Ekspo Seni Malaysia 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MICC), di sini yang dibuka percuma kepada orang ramai dari 20 hingga 23 Oktober ini.

Pengasas ekspo, Datuk Vincent Sim Tiak Choo, berkata sebanyak 2,000 hasil karya dari pelbagai galeri, antaranya dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar, China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea, Sepanyol, Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) akan dipamerkan.

Antara karya Barat ialah Picasso dan Miro, manakala dari Asia Timur pula, Yayoi Kusama, Nara Yoshitomo dan Takashi Murakami. Yang akan turut dipamerkan, hasil seni dari Argentina, Belgium, Brazil, Columbia, Cuba, Perancis, Iran, Itali, Mexico, Mongolia, Filipina, Romania dan Russia.

“Dari China pula, hasil seni dari Universiti Tsinghua di Beijing, Shaanxi dan Shenyang yang disokong Kementeria­n, Kebudayaan dan Kesenian China,” kata Sim dalam satu kenyataan, semalam.

Ekspo Seni Malaysia 2016 dinaungi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Antara dijangka jadi tumpuan arca bulatan besar 1.8 meter diperbuat daripada model Volkswagen, hasil karya artis Indonesia, Ichwan Noor.

Sim berkata, penyertaan dari Malaysia membabitka­n Balai Visual Negara, Bank Negara Malaysia, Muzium Negara, Art Gallery & Knowledge Management Centre, Galeri Prima, Henry Butcher Art Auctioneer­s, Masterpiec­e Fine Art Auction, A2 Gallery dan Art Weme Contempora­ry Gallery.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia