Berita Harian

Utamakan isu serius, bukan remeh: KJ

Masyarakat negara ini lebih banyak tumpu perkara tidak penting

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Masyarakat harus mengutamak­an isu substantif atau serius berbanding isu remeh yang kini lebih menjadi tumpuan dan perhatian rakyat Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata untuk menjadi negara maju, masyarakat tidak boleh terlalu asyik atau diganggu dengan isu remeh sehingga mengabaika­n isu yang lebih penting.

Beliau bimbang dengan kelakuan sesetengah rakyat Malaysia yang terlalu ekstrem dengan isu remeh terutamany­a di dalam internet.

Tak beri keuntungan

“Jika kita membuat pemeriksaa­n rawak di dalam internet atau media sosial, kita akan mendapati ia didominasi isu remeh yang tidak memberi keuntungan kepada masa depan negara.

“Mereka lebih suka mengambil tahu kehidupan peribadi orang lain, kisah perceraian seseorang atau individu itu memakai tudung atau tidak, yang pendapat saya adalah isu remeh.

“Kita sepatutnya berbicara mengenai isu yang lebih serius seperti syarahan atau wacana dan bukannya isu remeh,” katanya pada majlis syarahan perdana Institut Teknologi Antarabang­sa Malaysia-jepun (MJIIT) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-17 di sini, semalam.

Yang turut hadir bekas Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie; Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Presiden Perodua Auto Corp Sdn Bhd, Masanori Takahashi.

Pada majlis itu, Perodua Auto Corp turut menyampaik­an sebuah Perodua Bezza kepada UTM untuk tujuan penyelidik­an dalam bidang automotif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia