Berita Harian

Penduduk mahu pampasan hasil hutan

Kerajaan negeri diminta adakan pertemuan bincang kemelut

- Oleh Anwar Hussin

Kemelut antara Orang Asli dan Jabatan Perhutanan Kelantan seperti tiada jalan penyelesai­an apabila penduduk asal di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang itu kini mahu kerajaan negeri membayar pampasan terhadap penggondol­an tanah di kawasan itu.

Kira-kira 200 penduduk Orang Asli dari beberapa kampung yang membina sekatan menghalang lori balak melalui kawasan HSK Balah, mahu kerajaan negeri membayar pampasan kerana mendakwa hasil pencarian hutan mereka sudah musnah.

Jurucakap Orang Asli, Limat Lias, 39, berkata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, perlu hadir bertemu mereka bagi mengadakan perbincang­an dan mendengar tuntutan Orang Asli.

Tuntut iktiraf tanah adat

Selain itu, katanya, mereka turut menuntut kerajaan negeri mengiktira­f Tanah Adat Orang Asli termasuk yang sudah dimusnahka­n pembalakan.

“Kami pernah menghantar memorandum kepada bekas Menteri Besar, Allahyarha­m Datuk Nik Aziz Nik Mat, bagi menyatakan masalah kami tetapi tiada jawapan.

“Sekarang kami mahu Menteri Besar datang berjumpa kami untuk berbincang dan mendengar tuntutan ini.

“Jika Menteri Besar kata kami tiada hak, biarlah kami tahu mengapa, tetapi dia tidak datang sini, menyebabka­n masalah tidak selesai,” katanya ketika ditemui di sekatan dibina Orang Asli di Simpang Kampung Petei, di sini.

Dua minggu lalu, lebih 200 penduduk Orang Asli dari beberapa kampung membina sekatan bagi menghalang lori balak melalui kawasan HSK Balah.

Pada 12 Oktober lalu, Jabatan Perhutanan Kelantan pula membina sekatan bagi melakukan pemeriksaa­n untuk menghalang individu atau pihak luar yang ingin memasuki hutan simpan tanpa permit sah.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Limat (tengah) bersama penduduk ketika ditemui di Simpang Kampung Petei, Gua Musang, semalam.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Limat (tengah) bersama penduduk ketika ditemui di Simpang Kampung Petei, Gua Musang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia