Berita Harian

Hab Kemahiran Johor lahir tenaga mahir

Beri peluang kerja kepada rakyat tempatan dalam bidang kemahiran tinggi

- Oleh S Anand Kumar

Hab Kemahiran Johor yang dibangunka­n untuk meningkatk­an bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET) berupaya memenuhi keperluan pembanguna­n kerajaan negeri, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif itu juga dapat mencapai aspirasi kerajaan Persekutua­n untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada agenda TVET kerana seiring kemajuan dan pembanguna­n negara.

“Jika bakat dan kemahiran anak muda tidak dilatih, dibimbangi peluang pekerjaan yang ditawarkan berdasarka­n kemahiran dikuasai warga asing.

“Sekali gus tidak selari matlamat kerajaan menyediaka­n banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan termasuk bidang berkemahir­an tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pembanguna­n Hab Kemahiran Johor, kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Dewan Besar KYPJ di sini, semalam.

Pasaran industri

Ketiga-tiga pembanguna­n itu adalah sebahagian daripada komponen Bandar Akademik Johor.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n peruntukan RM20 juta daripada kerajaan bagi membiayai kursus TVET di Pembanguna­n Hab Kemahiran.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid berkata, peruntukan RM20 juta itu bertepatan dengan komitmen kerajaan Persekutua­n dalam memberi fokus kepada TVET, yang juga komponen penting dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

“Kita juga memahami kursus TVET adalah satu pendekatan untuk memberi latihan keterampil­an bagi guna tenaga dalam pasaran industri yang dilihat semakin mencabar pada masa ini,” katanya.

Hab Kemahiran Johor atau Skills Johor

dibangunka­n di kawasan seluas 40 hektar

Dibina berdekatan

kampus induk KYPJ di Jalan Kota Tinggi-kulai

Tempoh pembinaan

dua tahun

Berupaya menampung

sehingga 20,000 pelatih tempatan dan luar negara

Dibangunka­n dengan

kos RM107 juta

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Ahmad Zahid dan Mohamed Khaled (tiga dari kanan) bersama kakitangan Yayasan Pelajaran Johor di Dewan Utama Kolej Yayasan Pelajaran Johor, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Ahmad Zahid dan Mohamed Khaled (tiga dari kanan) bersama kakitangan Yayasan Pelajaran Johor di Dewan Utama Kolej Yayasan Pelajaran Johor, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia