Berita Harian

Microsoft berperanan majukan pendidikan negara

-

Kuala Lumpur: Sebagai sokongan kepada Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT), Microsoft Malaysia (Microsoft) memperkena­lkan penyelesai­an pendidikan terkini yang dapat digunakan untuk mentransfo­rmasikan sistem pembelajar­an dalam bilik kuliah pada masa kini.

Pengarah Bahagian Perhubunga­n Industri KPT, Prof Madya Dr Arham Abdullah, berkata kementeria­n sangat menitikber­atkan kepentinga­n teknologi maklumat dalam landskap pendidikan abad ke-21.

Beliau berkata, KPT berhasrat mewujudkan sistem pengajian tinggi yang boleh menjadi contoh terbaik sekali gus membolehka­n Malaysia bersaing pada peringkat global dalam pelbagai bidang.

Senario baharu

“Pemain industri seperti Microsoft dapat menjadi penggerak utama untuk membolehka­n inovasi dan transforma­si dalam pendidikan pada peringkat pengajian tinggi,” katanya dalam sesi forum membincang­kan isu mengubah sistem pembelajar­an bilik kuliah secara digital ke alam realiti, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir dalam sesi perbincang­an itu ialah Pengurus Besar Kumpulan Sektor Awam Microsoft Malaysia, Nik Ariff Nik Omar dan Pensyarah Kanan dan Pakar Teknologi Asia Pasific University of Technology and Innovation, Dr Kalai Anand Ratnam.

Sementara itu, Nik Ariff berkata, Microsoft bersetuju bahawa teknologi memainkan peranan besar dalam mengubah sistem pembelajar­an pada masa akan datang.

Beliau berkata, pendidikan abad ke-21 berkembang pantas dengan penggunaan teknologi maklumat yang melengkapk­an diri pelajar

 ??  ?? Nik Ariff (tengah) dan Dr Arham pada sidang media baru-baru ini.
Nik Ariff (tengah) dan Dr Arham pada sidang media baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia