Berita Harian

Polis buru dua lelaki pukul kakitangan SAJ

-

Kulai: Seorang kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) diserang oleh dua lelaki akibat tidak puas hati selepas bekalan air dipotong di sebuah rumah di Kampung Melayu, dekat sini, petang semalam.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan dua lelaki terbabit selepas video insiden itu viral di laman Facebook (FB) sejak jam 4 petang semalam.

Video berdurasi selama 15 saat itu menayangka­n seorang kakitangan SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk seorang lelaki, manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Ia dipercayai berlaku apabila suspek tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini. Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Razak Md Said, ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Buat pemotongan bekalan air

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku dipercayai akibat kakitangan syarikat utiliti itu membuat pemotongan bekalan air selepas terdapat tunggakan bil di rumah suspek.

“Kakitangan SAJ itu dipukul oleh dua lelaki dipercayai pemilik rumah di kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un, kita dalam usaha mengesan dua lelaki terbabit yang dipercayai kini sudah melarikan diri.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Kulai dan mendapati dia mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

Sementara itu, jurucakap SAJ ketika dihubungi memaklumka­n mereka hanya sedar kejadian itu selepas melihat video berkenaan dalam laman sosial.

“Kami masih menyiasat perkara ini kerana sehingga kini kami tidak menerima apa-apa laporan walaupun difahamkan laporan polis sudah dibuat,” katanya.

 ??  ?? Video menunjukka­n kakitangan SAJ ditumbuk seorang daripada dua lelaki di Kampung Melayu, Kulai, petang semalam.
Video menunjukka­n kakitangan SAJ ditumbuk seorang daripada dua lelaki di Kampung Melayu, Kulai, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia