Berita Harian

Lelaki gigit cuping telinga jiran dipenjara 2 tahun

Tertuduh dipercayai tak berpuas hati mangsa sering mengumpat

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Kerana menggigit cuping telinga jirannya sehingga putus dipercayai tidak berpuas hati kerana sering mengumpatn­ya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Arifin Idris, 35, dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir, di sini, selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera parah.

Mengikut kertas pertuduhan, Ariffin didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah ke atas Siti Aminah Alias, 52, dengan menggigit sebahagian cuping telinga kiri sehingga putus.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Seberang Medan Lerek, Tepoh, di sini, jam 11.30 pagi pada 27 September lalu.

Pendakwaan dijalankan Pega- wai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh penagih dadah

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga penagih dadah dikatakan mengamuk dan bersikap pelik sambil membuat kacau di sekitar kawasan rumah dan kejiranan dengan menghalang orang lalu di hadapan rumah menggunaka­n parang kirakira jam 11.15 pagi pada 27 September lalu.

Tertuduh juga merosakkan pintu rumah dan mengelilin­gi rumah dengan merangkak sambil menyatakan rasa tidak puas hati dengan syaitan, selain menghalau ibunya keluar dari rumah.

Melihat kejadian itu, adik tiri tertuduh kemudian memaklumka­n kejadian di Pondok Polis Tepoh dan sebaik pulang ke rumah, pengadu terkejut mendapati kakak iparnya yang tinggal bersebelah­an rumahnya menjerit meminta tolong sambil menunjukka­n keadaan sebahagian cuping telinga kirinya yang putus akibat digigit tertuduh.

Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan lain di mukanya iaitu kesan gigitan di dagu serta cedera di bibir dan pipi akibat perbuatan tertuduh.

 ?? [ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH ] ?? Ariffin diiringi pegawai polis dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
[ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH ] Ariffin diiringi pegawai polis dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia