Berita Harian

Polis rampas RM32,100 daripada tertuduh

-

(STAFOC) Bukit Aman, Asisten Superinten­dan Raja Munawir Shah Raja Harun, berkata pada 15 September 2016, pihaknya menerima arahan daripada Bilik Gerakan STAFOC untuk mengesan Gunasekara­n.

Raja Munawir, berkata tertuduh kemudian ditemui dalam kedai peralatan dapur di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 1 tengah hari.

“Ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, tertuduh memberitah­u alamat rumahnya.

“Kami kemudian menjumpai 300 keping wang RM50, berjumlah RM15,000 dalam kotak hitam bertulis ‘jaguar’ yang disimpan dalam almari pakaian ketika membuat serbuan di rumahnya di Jalan USJ11/3B, Sime UEP, Subang Jaya,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraa­n tujuh lelaki yang didakwa membunuh Kevin.

Sementara itu, Pegawai Risikan STAFOC, Asisten Komisioner, Shazeli Kahar, berkata pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM6,700 daripada Ravi Chandran dan RM10,400 daripada Nimalan selepas mereka ditahan di stesen minyak di Sungai Dua, Pulau Pinang, arah utara.

Wang ditemui dalam beg

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan, Shazeli berkata, wang itu ditemui dalam beg milik keduadua tertuduh dan polis turut merampas kad pengenalan, lesen memandu, pasport selain telefon bimbit jenama Samsung dan CSL.

Gunasekara­n; R Dinishwara­n, 24; A Thinesh Kumar, 23; M Vishwanath, 26; Nimalan; dan Chandaran, didakwa membunuh Morais ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul ke No 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegar­an, 53, didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu untuk membunuh Kevin pada tempat, masa dan tarikh sama.

Kunaseegar­an didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 yang boleh dihukum mati, manakala enam lagi didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 14 November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia