Berita Harian

Bekas peguam, isteri kena tahan kes dadah

Polis temui 9 paket syabu, 1kg ganja dalam kereta pasangan

- Oleh Ziauddin Sharuddin

Seorang bekas peguam berkelulus­an ijazah doktor falsafah (PHD) bersama isterinya ditahan untuk siasatan selepas polis menemui sembilan paket syabu dan ganja seberat satu kilogram dalam kereta mereka.

Lelaki berusia 50 tahun dan isterinya berusia 38 tahun itu ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di sini pada kirakira jam 8 malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Zaldino Zaluddin, berkata pemeriksaa­n polis ke atas sebuah kereta milik pasangan terbabit kemudian menemui satu sampul surat mengandung­i sembilan paket plastik lut sinar mengandung­i dadah.

“Sampul berkenaan ditemui ketika anggota polis memeriksa bonet kereta terbabit. Sembilan paket lutsinar itu mengandung­i dadah dipercayai syabu seberat 95.2 gram,” katanya, di sini semalam.

Sembunyi ganja

Katanya, anggota polis kemudian menemui satu ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat satu kilogram yang dibalut dengan kertas dan plastik lut sinar, disembunyi­kan di ruang tayar simpanan kenderaan berkenaan.

Zaldino berkata, ujian air kencing mendapati suspek lelaki yang pernah bekerja di sebuah firma guaman positif ganja, manakala pasanganny­a pula positif syabu.

Beliau berkata, pasangan berkenaan yang enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaa­n, disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Ketulan mampat dipercayai ganja seberat satu kilogram serta syabu yang dirampas di Nilai.
[FOTO IHSAN PDRM] Ketulan mampat dipercayai ganja seberat satu kilogram serta syabu yang dirampas di Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia