Berita Harian

Lelaki ditembak mati, rakan ditahan

-

Nibong Tebal: Polis menembak mati seorang penjenayah dan menahan rakannya di Jalan Sungai Daun, Sungai Bakap, dekat sini awal pagi semalam.

Sebelum kejadian jam 5 pagi itu, anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang melakukan rondaan di Taman Jawi Permai, terserempa­k dua lelaki menaiki sebuah kereta hitam dalam keadaan mencurigak­an.

Difahamkan, mereka kemudian mengarahka­n pemandunya berhenti dan keluar dari kenderaan untuk pemeriksaa­n, namun suspek sebaliknya merempuh motosikal polis dan terus memecut dari lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superinten­dan Shafee Abdul Samad, berkata anggota berkenaan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS dan mengekori kereta suspek sehingga persimpang­an lampu isyarat Sungai Bakap.

Rempuh kereta polis

“Sebaik tiba di persimpang­an berkenaan, sebuah kereta peronda polis (MPV) cuba menahan kereta suspek, namun turut dirempuh di bahagian hadapan sebelah kiri. Suspek terus memecut menyebabka­n anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

“Kereta dinaiki dua lelaki itu terbabas ke dalam parit berdekatan. Pemeriksaa­n kemudian mendapati pemandu kereta berusia 21 tahun maut terkena tembakan, manakala rakannya berusia 26 tahun tidak cedera dan ditahan untuk siasatan,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan polis percaya mereka merancang melakukan jenayah ketika cuba ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia