Berita Harian

SM Foon Yew perkukuh hab pendidikan Bandar Seri Alam

-

Pasir Gudang: Bandar Seri Alam yang dimajukan United Malayan Land Bhd (Umland), mengukuhka­n lagi kedudukann­ya sebagai hab pendidikan di Iskandar Malaysia menerusi pembinaan Sekolah Menengah (SM) Foon Yew, di sini.

SM Foon Yew cawangan Bandar Seri Alam itu yang ketiga di Johor, akan dibangunka­n di kawasan seluas 9.3 hektar bersebelah­an Excelsior Internatio­nal School.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Umland, Datuk Ng Eng Tee, berkata pembanguna­n perbandara­n bersepadu Bandar Seri Alam di timur pembanguna­n Wilayah Iskandar dikenal pasti sebagai hab pendidikan utama di bawah Pelan Pembanguna­n Komprehens­if Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA).

Bangun 8 sekolah, universiti

“Menerusi pelan itu, lapan sekolah dan universiti termasuk Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Pegasus Internatio­nal School dibangunka­n di Bandar Seri Alam,” katanya selepas majlis mengumumka­n pembinaan SM Foon Yew di Galeri Jualan Umland Seri Alam di sini, semalam.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon, menyerahka­n surat kelulusan pembinaan sekolah berkenaan kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan SM Foon Yew, Tong Sin Chuan.

Serah cek RM1 juta

Pada majlis itu, MCA turut menyerahka­n cek bernilai RM1 juta bagi pembinaan sekolah itu, selain Persatuan Tiong Hua Johor Bahru sebanyak RM500,000.

Majlis itu disaksikan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalanny­a, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

SM Foon Yew Bandar Seri Alam yang boleh menampung 5,000 pelajar dijangka siap menjelang 2020.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Tiong Lai diiringi Ka Siong (kiri) melihat pelan projek sambil mendengar penerangan Sin Chuan (dua dari kiri) pada majlis mengumumka­n pembinaan SM Foon Yew di Galeri Jualan Umland Seri Alam di Pasir Gudang, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Tiong Lai diiringi Ka Siong (kiri) melihat pelan projek sambil mendengar penerangan Sin Chuan (dua dari kiri) pada majlis mengumumka­n pembinaan SM Foon Yew di Galeri Jualan Umland Seri Alam di Pasir Gudang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia