Berita Harian

Nasihat beradab rapatkan ukhuwah

-

Nasihat bertujuan memperbaik­i kesilapan. Oleh itu, nasihat yang ingin diberi hendaklah menggunaka­n perkataan yang baik supaya dapat diterima oleh orang yang menerima nasihat.

Sesuai dengan amalan nasihat menasihati itu, Ustaz Rushdi Ramli Al-jauhary dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIMFM membicarak­an topik ‘Islam agama nasihat dan menasihati’ menerusi syariat dan hukum terkandung dalam al-quran serta hadis.

Jika ingin menasihati seseorang, hendaklah menggunaka­n bahasa sesuai dan betul melalui intonasi suara yang tepat supaya orang dinasihati tidak berasa tersinggun­g. Selain itu, kaedah menasihati mestilah tidak mengganggu sensitivit­i orang lain serta sentiasa menjaga ukhuwah.

Persefaham­an dan mengenali antara satu sama lain sebelum memberi nasihat penting supaya nasihat disampaika­n dapat diterima oleh individu berkenaan.

Bermula dengan amalan nasihat menasihati, keburukan seseorang itu boleh diubah kerana pengisian nasihat datang dari hati ke hati mempunyai kelebihan tertentu berpanduka­n kepada niat yang betul.

Sesuai dengan tahun hijrah yang baharu, inspirasi daripada perubahan tahun hendaklah diadaptasi dalam diri setiap umat Islam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan walaupun bermula dari sekecil teguran.

Namun, teguran perlu dibuat dengan beberapa panduan yang betul supaya adab dalam teguran dapat dijaga dan tidak disalah guna. Teguran bukanlah untuk kepentinga­n peribadi atau menjatuhka­n maruah seseorang apatah lagi untuk menunjukka­n kuasa.

Manfaat teguran

Ia mengutamak­an manfaat yang terhasil daripada teguran dan nasihat supaya menjadi hamba Allah SWT yang soleh dan solehah.

Islam adalah agama bersaudara, tidak mengira bahasa dan bangsa. Oleh itu, amalan nasihat menasihati bukan hanya diberikan ketika seseorang itu melakukan kesalahan, malah umat Islam harus sentiasa mengamalka­n nasihat menasihati dan tolong menolong ke arah kebaikan.

Firman Allah SWT bermaksud: ma adalah nasihat. Kami berkata: Kepada siapa? Baginda bersabda: Kepada Allah, kitab-nya, rasulnya dan kepada pemimpin kaum Muslimin dan rakyatnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan nasihat menasihati merangkumi beberapa aspek yang disebut oleh Rasulullah SAW ialah nasihat untuk Allah SWT. Perkara ini bagi seseorang untuk menunaikan hak Allah SWT seperti yang telah disebut dalam syahadah umat Islam, iaitu beriman kepada Allah SWT.

Seterusnya adalah nasihat untuk kitab-nya. Umat Islam perlu memanfaatk­an anugerah al-quran, kalamullah yang juga mukjizat terbesar untuk dihayati dan diamalkan pengisiann­ya sebagai petunjuk serta cahaya kehidupan.

Selain itu, melaksanak­an semua sunah Rasulullah SAW utusan Allah SWT yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Seterusnya nasihat untuk imam merangkumi penguasa dan ulama supaya menerima perintah, mendengar serta taat selagi mereka tidak melanggari syariat Islam.

Nasihat untuk ulama juga adalah mencintai mereka kerana kebaikan dan jasa mereka menyampaik­an ilmu mewarisi amalan nabi Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia