Berita Harian

Sukan lasak kurangkan tekanan kanser

Penghidap barah payudara perlu semangat kental lawan penyakit

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Wanita yang menderita kanser payudara tidak seharusnya cepat patah semangat dan murung, sebaliknya lebih berfikiran positif bagi meneruskan kelangsung­an hidup.

Bekas pesakit kanser payudara, Dr Aisyah Asmadi, 32, berkata beliau yang pernah disahkan menghidap penyakit digeruni itu mempunyai cara tersendiri dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk sukan lasak bagi mengurangk­an tekanan.

Katanya, perjalanan hidup sebagai pesakit kanser agak berbeza dengan orang lain kerana beliau mendapat dua kali serangan, iaitu pada usianya 22 tahun dan 27 tahun.

“Pada awalnya memang takut apabila disahkan menghidapi kanser payudara tahap dua, tetapi saya terus berfikiran positif dengan menyertai 10 aktiviti mendaki gunung selain menjalani rawatan kemoterapi dan semakin berkuranga­n.

Pulih semangat diri

“Saya juga sentiasa manfaatkan masa dengan menyertai aktiviti kecergasan dan bina badan. Usaha saya berbaloi bukan saja dapat menghilang­kan kebimbanga­n terhadap penyakit.

“Malah, menerusi aktiviti itu saya juga mendapat pingat emas, gangsa dan dianugerah­kan status ‘Pro Athlete’ pada kejohanan bina raga & kecergasan berprestij peringkat ASIA ‘NABBA-WFF Grand Prix 2016’, di Singapura,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang, anjuran Pink Ribbon Deeds (PRIDE) Foundation atau Yayasan PRIDE, di ibu kota barubaru ini.

Beliau menggesa wanita yang menghidap kanser payudara, bangkit dan bersemanga­t melawan emosi dengan menyertai aktiviti lasak sepertinya bagi memulihkan semangat.

Katanya, biarlah individu memanfaatk­an sisa hidup dengan melakukan sesuatu yang boleh menggembir­akan hidup mereka dan bukannya bersedih.

“Kita tidak seharusnya tewas dan cepat kecewa dengan apa yang ditakdirka­n, sebaliknya menjadikan­nya sebagai landasan untuk terus cemerlang dalam mengharung­i dugaan,” katanya.

Bukan mudah terima hakikat hidap kanser

Dr Aisyah yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Unit Unit Perubatan Sukan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), mengakui memang bukan mudah menerima hakikat disahkan menghidapi kanser ini.

Beliau berpendapa­t, Malaysia mempunyai pelbagai persatuan wanita yang prihatin terhadap pesakit kanser.

“Justeru, saya menyertai PRIDE dan mendapati banyak manfaat dapat bertemu ramai rakan senasib yang masing-masing saling bertukar pengalaman berkaitan penyakit ini.

“Di sinilah saya mengenali aktiviti mendaki gunung yang turut membuatkan semangat saya tidak pernah luntur untuk hidup,” katanya.

Wanita perlu bersikap positif

Beliau berkata, ramai masyarakat yang tidak memahami hati dan emosi pesakit kanser dan sebilangan­nya memandang dengan stigma negatif.

Bersama PRIDE semuanya berubah dan kehidupan mereka sentiasa gembira dan bersemanga­t.

“Inilah kumpulan sokongan yang memberi saya persepsi positif terhadap kehidupan. Antara yang selalu saya tekankan dalam kehidupan ini ialah kanser bukan penamat, saya kini lebih positif dan kuat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

“Walaupun, saya sudah disahkan bebas daripada penyakit kanser payudara, meneruskan kegiatan sihat bersama persatuan itu,” katanya

 ??  ?? Dr Aisyah (tengah) bersama ahli PRIDE di Pine Tree Hill, Bukit Fraser, September lalu.
Dr Aisyah (tengah) bersama ahli PRIDE di Pine Tree Hill, Bukit Fraser, September lalu.
 ??  ?? Aisyah menawan puncak Preikestol­en, Norway pada 2014.
Aisyah menawan puncak Preikestol­en, Norway pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia