Berita Harian

Peraturan disiplin sekolah patut meliputi kes buli

-

buli perlu dimasukkan dalam peraturan disiplin sekolah dan tidak boleh dibiarkan serta perlu tindakan tegas daripada Kementeria­n Pendidikan. Cadangan mempertimb­angkan hukuman gantung sekolah selama setahun sebagai alternatif hukuman buang sekolah suatu mekanisme cegah buli wajar disokong.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pelajar yang digantung itu akan menyertai kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan dalam tempoh berkenaan sebagai syarat memulakan persekolah­an semula. Walaupun membabitka­n pelajar yang menduduki peperiksaa­n seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka kena ambil SPM setahun kemudian.

Sementara itu, pihak kementeria­n juga perlu mencari alternatif bentuk hukuman kepada pembuli yang melakukan kesalahan serius hingga mendatang kecederaan kekal dan kehilangan nyawa.

Buang sekolah pilihan terakhir

Tindakan buang sekolah adalah sebagai pilihan terakhir, tetapi proses gantung sekolah maksimum setahun sebagai pengajaran dan teladan kepada pelajar lain agar tidak melakukan tindakan ganas dan jenayah ketika di alam persekolah­an.

Perkara ini tidak dilihat sebagai hukuman semata-mata kerana proses pendidikan masih berlaku dengan membabitka­n mereka terbabit dalam kerja sosial dan kaunseling serta kelas pemulihan akhlak yang dikawal selia oleh pihak berkaitan. Malah, pembuli tegar dicatat dalam rekod berhenti sekolah sebagai amaran agar jauhi anasir buli di sekolah.

Mangsa buli signifikan trauma dan kecederaan kekal hingga ada yang diserang strok kecil akibat hentakan kuat pada bahagian sensitif seperti leher dan kepala. Malah ada yang patah tulang tangan, kaki dan rahang akibat dipukul pembuli kerana kesalahan kecil seperti mengejek, provokasi atau fitnah.

Pada masa sama, mangsa buli perlu dibela dan dijaga kebajikann­ya oleh pihak kementeria­n. Ada kalangan mereka terpaksa menerima rawatan perubatan kekal akibat kecederaan kepada anggota badan.

Sekolah perlu bebas jenayah

Pembuli mempunyai sifat ingin menjadi ketua atau mencari pengaruh untuk dihormati atau mewarisi genetik samseng dalam masyarakat. Sesetengah kes buli di sekolah disebabkan mangsa lemah dan mempamer perilaku mewah hingga timbul rasa cemburu dalam kalangan pembuli lain yang mahu ‘rampas takhta.’

Apalagi tadbir urus lemah yang menyembuny­ikan salah laku dan disiplin buruk seperti ponteng kelas dan sekolah, ganggu gugat rakan pelajar dan amalan keluar masuk kelas serta aktiviti tanpa kawalan guru hanya mencetus persengket­aan yang mengundang buli.

Oleh itu, sekolah selamat dan kondusif mesti bebas daripada anasir pembuli dan jenayah kerana sekolah sepatutnya membina kemanusiaa­n dan kemasyarak­atan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia