Berita Harian

Bajet 2017 wajar tambah peruntukan cegah penyakit

-

Program Bual Bicara BH menjelang pembentang­an Bajet 2017 baru-baru ini ada menggarisk­an beberapa isu harapan termasukla­h agar bajet kesihatan terutama untuk usaha pencegahan bagi mempromosi­kan gaya hidup sihat ditingkatk­an.

Selama ini kita menjadi mangsa pilih kasih yang mengutamak­an rawatan kuratif, iaitu menggunaka­n ubat-ubatan sedangkan jika dilihat kepada keadaan terkini, di mana pelbagai masalah penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, kanser dan obesiti yang melanda, usaha pencegahan perlu lebih diberi tumpuan.

Jika perkara buruk terhadap kesihatan tidak jadi berlaku, angka kesakitan akan berkurang, kos dan keperluan kepada perubatan kuratif seterusnya dapat dikurangka­n. Tubuh badan manusia sebenarnya mampu untuk menyembuhk­an diri sendiri.

Kemampuan hebat itu dapat ditingkatk­an dan dikekalkan dengan upaya pencegahan yang difokuskan kepada gaya hidup sihat. Masyarakat perlu dididik untuk mengamalka­n gaya hidup sihat dari awal usia. Perlu meliputi semua aspek kehidupan.

Pembabitan perlu dari semua pihak, iaitu peringkat kerajaan, golongan peniaga, ahli akademik dan pendidikan, institusi kesihatan dan setiap lapisan masyarakat.

Antara aspek penting dalam pencegahan termasukla­h pemakanan sihat, kecergasan fizikal, memulihara sumber air dan udara serta persekitar­an yang bersih, kesihatan dan keselamata­n di tempat bekerja, mewujudkan persekitar­an harmoni, bebas keganasan dan jenayah dan lain lain.

Wujud komuniti sihat

Upaya kesihatan pencegahan mampu mewujudkan komuniti yang sihat. Pekerja dapat meningkatk­an produktivi­ti di tempat kerja, pelajar akan mampu memahami pelajaran dengan berkesan, warga emas yang sihat mampu menjaga diri sendiri, terus menyumbang kepada pembanguna­n negara dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.

Kurangnya fokus kepada usaha pencegahan membuatkan dunia kesihatan yang seharusnya sederhana menjadi semakin lama semakin rumit dan sulit diperbaiki serta diselesaik­an.

Sebagai contoh, ramai rakyat negara ini masih keliru dengan pemakanan sihat. Nutrisi yang betul memberi peluang kepada tubuh badan untuk melindungi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia