Berita Harian

Russia, rejim Syria henti bedil Aleppo

Moscow umum gencatan senjata 8 jam tengah malam esok

-

Jet pejuang Russia dan Syria menghentik­an serangan udara mereka di Aleppo, semalam menjelang gencatan senjata kemanusiaa­n selama lapan jam yang bermula esok.

Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu berkata arahan hentikan serangan harus memberi laluan kepada militan meninggalk­an kawasan dikuasai pemberonta­k di sebelah timur.

Serangan oleh kedua-dua pihak itu berhenti jam 10 pagi, semalam.

Kelmarin, Moscow mengumumka­n gencatan senjata di antara jam 8 pagi sehingga 4 petang membolehka­n orang awam dan militan keluar selamat dari bandar raya itu.

Bantuan kemanusiaa­n

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengumumka­n gencatan senjata 72 jam di Yaman berkuatkua­sa tengah malam, esok bagi tujuan sama mendapatka­n bantuan kemanusiaa­n.

Jurucakap Presiden Russia, Vladimir Putin berkata gencatan itu satu isyarat bagi bertujuan baik memberi laluan kepada semua pihak terbabit.

“Tentera Russia menawarkan satu lagi peluang dan kami berharap rakan akan membenarka­n kita semua mengambil kesempatan daripada situasi ini,” kata Dmitry Peskov, semalam.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebut Russia sudah menyuaraka­n rancangan bagi gencatan senjata selama lapan jam di kawasan pemberonta­k di Aleppo bagi beberapa hari berturut-turut, minggu ini.

Jurucakapn­ya, Jens Laerke dari Geneva berkata, agensi memerlukan jaminan daripada semua pihak bahawa pertempura­n itu dihentikan sebelum dapat memberi bantuan kemanusiaa­n ke bandar raya itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia